BERANG dengan layanan diterima, seorang penumpang e-hailing berkongsi pengalaman pahit ketika menaiki kereta yang ditempah daripada aplikasi perkhidmatan berkenaan.Menurut perkongsiannya, dia terkejut apabila pemandu kereta yang dinaiki menunjukkan sikap didakwa kurang menyenangkan sejak awal. "Sesetengah orang tua memang kurang adab ke? Saya naik e-hailing, driver ni seorang pakcik yang berkopiah. Saya okay je sampai la dia call dengan nada marah.Pemandu e-hailing perlu menjaga adab dan percakapan dengan penumpang. -Gambar hiasan"Berapa lama nak kena tunggu ni? Untuk pengetahuan, tak sampai seminit lagi ye. Saya turun rumah dan masuk kereta dia. Lepas tu dia perli waalaikumsalam, oh ingatkan bagi salam tadi."Saya baru je masuk kereta, tak sempat nak letak beg lagi tapi sudah kena perli," ujarnya di Thread.Bukan itu sahaja, pemandu terbabit didakwa turut mengomel sendirian sepanjang perjalanan dengan menekankan bahawa dirinya tidak suka jika penumpang lambat.Malah menurut penumpang ini lagi, dia mendakwa isteri kepada pemandu itu juga berada di tempat duduk hadapan sebagai peneman.ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing melepas tip sebab biadab, selamba sindir penumpang bertudung - “Kerana mulut, rezeki tersekat”ARTIKEL BERKAITAN: “Kau banyak songeh, turun sekarang!” - Padah tunjuk sikap ‘bossy’, pemandu e-hailing ‘ajar’ penumpang wanitaSusulan kejadian itu, dia bertindak membuat laporan kepada syarikat e-hailing untuk tindakan lanjut."Biasanya saya tak sampai hati tetapi pakcik tu biadab sangat. Masa nak bayar pun saya tanya dia berapa caj sebab ada tol. Pakcik tu jawab entah, kau kira la berapa," dakwanya lagi.Perkongsian kisahnya ternyata mendapat perhatian ramai, dengan rata-rata netizen bersetuju bahawa sikap profesional dan adab seharusnya menjadi keutamaan dalam perkhidmatan e-hailing.Penumpang e-hailing berang dilayan kasar walau pemandu hanya perlu tunggu kurang seminit.Pemandu didakwa memarahi dan menyindir sebaik dia masuk kereta.Pemandu turut mengomel sepanjang perjalanan dan membawa isteri sebagai peneman.Jawapan biadab diberi ketika penumpang bertanya jumlah bayaran.Netizen menegaskan adab dan sikap profesional perlu diutamakan tanpa mengira usia.Ringkasan ini dijana oleh AIBagaimanapun ada juga netizen memintanya menjadikan kejadian ini sebagai pengajaran dengan tidak lagi membiarkan pemandu e-hailing menunggu penumpang."Padanlah dengan muka. Lain kali kau tunggu dia. Hormati masa orang tak kiralah seminit pun. Flight pun tak tunggu kalau kau lewat. "Dia garang sebab dia bawa bini dia je. Bini dia nak tengok macam mana dia layan perempuan yang naik kereta dengan suami dia. Jadi dia sudah dapat buktikan dekat isteri yang dia setia."Kalau orang kurang ajar, aku dah tak kira dia tua ke muda. Yang bawa kereta macam haram tak bagi signal tiba-tiba keluar pun, aku tak peduli umur. Aku honkan je sebab semua tu tabiat dari muda. Dah tua liat tak boleh diajar," komen beberapa netizen.