BERKONGSI bilik atau rumah sewa merupakan lumrah yang perlu dilalui kebanyakan pelajar institusi pengajian tinggi.Di Thread, seorang pelajar tular selepas berkongsi mengenai gangguan bunyi yang berpunca daripada rakan sebiliknya. "Aku sebenarnya tak faham dengan roommate aku ni. Dia set alarm (penggera) pukul 4 pagi. Bunyi alarm dia kuat gila ya. Lepas tersedar, dia tutup alarm dan tidur balik.Pelajar perlu mendapatkan tidur yang cukup untuk fokus dalam pelajaran. -Gambar hiasan AI"Pukul 4.15, alarm tu berbunyi lagi. Dia tersedar dan tutup lagi. Benda ni berlarutan dari pukul 4 sampai 7 pagi. Aku tak faham motif dia set alarm."Jadi aku pun turut terjaga setiap 15 minit. Aku dah la tidur lambat sebab study malam. Bangun nak pergi kelas, tak cukup tidur pula," luahnya.Hantaran itu menerima pelbagai komen, khususnya daripada golongan pelajar serta mereka yang sudah menamatkan pengajian dan pernah berdepan situasi sama.Pelajar kongsi kisah rakan sebilik yang susah bangun tidur.Dia terganggu kerana jam penggera rakannya tak berhenti berbunyi.Pelajar itu juga mengadu tidurnya terganggu gara-gara perangai rakannya.Ramai netizen kongsi mereka juga pernah berdepan pengalaman sama ketika belajar.Ringkasan ini dijana oleh AI"Tegur je kawan awak tu. Tanya dia, kenapa set alarm setiap 15 minit, tapi bangun tiga jam kemudian?"Roommate jenis macam ni boleh jadi punca sakit kepala. Lagi-lagi kalau dia memang kawan kita," tulis netizen.Malah, ramai dalam kalangan pelayar Thread berkata mereka juga pernah berdepan situasi sama ketika zaman belajar dulu.ARTIKEL BERKAITAN: 'Berdesup', 2 minit siap! Wanita musykil 'roommate' solat laju, lepas bagi salam terus tengok telefon - "Baca yang wajib je"ARTIKEL BERKAITAN: Jurutera trauma ‘roommate’ luaran normal, pengotor dan bebal luar biasa! Berak tak ‘flush’, barang orang buat ‘harta’ sendiri"13 tahun lepas, roommate aku sebiji macam ni. Tidur mati tapi set alarm setiap lima minit. Suatu hari tu, aku bangun dan cabut bateri fon dia. Dia bangun mengamuk sebab dah lambat pergi kelas dan terlajak Subuh."Dua tahun lepas, roommate aku macam ni. Alarm dari 3.30 pagi sampai 9 pagi. Akhirnya aku pindah keluar."Pernah ada roommate macam ni. Alarm pula bunyi serombong kapal. Sekali dua boleh sabar. Masuk kali ketiga, aku jerit suruh dia matikan alarm," kongsi beberapa netizen.