HASRAT untuk menunaikan solat Zuhur di surau pejabat berakhir dengan perasaan tidak menyenangkan apabila wanita ini ditegur secara tiba-tiba oleh individu tidak dikenali.Insiden berlaku sebaik sahaja dia melangkah masuk ke surau di bangunan tempat kerjanya tanpa menyatakan lokasi secara spesifik. Jelas individu tersebut, seorang wanita lain lingkungan pertengahan umur menegurnya dengan nada bertanya, sebelum menyuarakan larangan agar tidak lagi menggunakan surau berkenaan."Tiba-tiba ada makcik yang dalam surau tu tanya kau dari mana? Jadi saya pun beritahu saya kerja dekat sini. Kenapa tanya?Surau adalah fasiliti untuk kegunaan semua umat Islam untuk beribadah. -Gambar hiasan AI"Tiba-tiba kena sound wey, dia cakap lepas ni jangan datang sini lagi ye. Sekuriti dah lama perhati saya selalu masuk sini. "Surau ni katanya untuk guest (tetamu) je. Setiap bangunan ada surau masing-masing jadi pergi surau tu," cerita individu itu dalam hantaran di Thread.Apa yang mengundang rasa hairan dalam diri wanita itu, dia sudah bekerja di bangunan berkenaan hampir setahun dan sering menggunakan surau tersebut tanpa pernah ditegur atau timbul sebarang masalah. Difahamkan, surau yang sering digunakan oleh kebanyakan staf terletak di tingkat bawah dan sering sesak kerana bersaiz kecil, manakala surau yang dikunjunginya itu tidak pernah penuh walaupun pada waktu puncak antara Zuhur hingga Asar.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tegur sikap buruk suka ‘cop’ saf dalam surau sempit, letak telekung buat tanda... Lepas solat tak reti bangun, nak mekap dulu!ARTIKEL BERKAITAN: Waktu Zohor dah nak habis, wanita sedih jemaah berat hati kongsi telekung surau... Bagi alasan sedang tunggu azan Asar"Surau ni tak pernah lebih empat orang pun dalam satu masa walaupun waktu kemuncak Zuhur dan Asar. Dekat pintu pun tak ada tulis guest only (untuk tetamu sahaja)."Memandangkan itu tempat beribadah, saya anggap surau terbuka untuk semua. Banyak kali saya terjumpa sekuriti, dia tak pernah larang dan dia yang bukakan pintu surau untuk saya."Kalau makcik tu warning sebab ada guest mengadu tak boleh masuk sebab orang lain penuhkan surau tu pun, saya faham. Tapi tak ada orang dan tak pernah sesak langsung," katanya.Wanita ditegur ketika mahu solat Zuhur di surau bangunan pejabat.Dia diminta tidak datang lagi kerana surau itu dikatakan untuk tetamu.Tiada notis larangan dan sekuriti sebelum ini tidak pernah menghalangnya solat di situ.Surau lain kecil dan sesak, surau tersebut pula jarang digunakan.Netizen kecam sikap asingkan tempat ibadah.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu mencuri perhatian netizen yang rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati dengan amalan mengasingkan tempat ibadah."Senyum dan tak payah jawab. Esok buat lagi. InsyaAllah malaikat jaga dan Allah ada."Tak suka betul bila solat kena asing-asingkan surau ni. Terutama ada surau VIP tu sedangkan kita semua sama di sisi Allah. Dalam masjid boleh je solat sama-sama kenapa surau kena ikut jawatan."Awak ada sebut sekuriti pernah buka pintu untuk awak kan. Esok kalau jumpa sekuriti tu cuba tanya surau tu betul ke untuk tetamu je? Kalau tak, teruskan solat dekat situ," komen beberapa netizen.