suria

Tak nampak 'gatal', siap ikut tabligh... Wanita sukar percaya kekasih disangka alim terlanjur dengan rakan sekerja

Sikap tidak setia seorang lelaki boleh menyebabkan pasangannya makan hati. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa terkejut apabila teman lelakinya yang disangka alim didakwa melakukan perbuatan terkutuk.

Dalam hantaran di Thread, dia mendakwa lelaki yang terlibat dalam gerakan dakwah itu sudah terlanjur dengan rakan sekerjanya sendiri.

"Saya nak tanya pendapat, kalau dapat tahu teman lelaki awak 'kantoi' buat hubungan seks dengan perempuan lain, awak rasa dia boleh berubah tak?

Pergaulan bebas merupakan salah satu punca zina. -Gambar hiasan AI

"Dia budak tabligh, dia buat hubungan seks dengan rakan sekerjanya. Kami pula dah lebih dua tahun menjalin hubungan cinta," tulisnya.

Menurut pengadu, teman lelakinya itu tidak pernah menunjukkan sikap mencurigakan atau 'gatal' sepanjang perhubungan mereka.

"Dengan saya dia tak pernah tunjuk sisi nakal langsung. Jadi saya agak terkejut. Perempuan tu pula mengandung dan buat keputusan untuk jaga anak tu.

  • Wanita dakwa teman lelaki yang berperwatakan alim sebenarnya kaki maksiat.
  • Dia mendakwa lelaki itu telah terlanjur dengan rakan sekerjanya.
  • Wanita itu terkejut kerana teman lelakinya pernah menyertai tabligh.
  • Ramai pelayar Thread beri nasihat agar dia segera angkat kaki.

"Saya tak tahulah jika saya boleh percayakan teman lelaki saya," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, kebanyakan pelayar Thread meminta wanita itu agar meninggalkan teman lelakinya.

"Lari je. Tabligh tak tabligh, Allah dah tunjuk terang-terang supaya jangan cari masalah. Awak layak dapat yang lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis terlanjur kongsi gambar perut, kapsyen nak gugur kandungan... Wanita TTC paling ramai mahu selamatkan bayi

ARTIKEL BERKAITAN: Terlanjur dengan ‘ex-GF’ dari seberang, lelaki tebus dosa beri ‘nafkah’ bulanan! Bini sendiri diabai, dibiar tak cukup wang

"Tak perlu percaya. Suruh dia kahwin dengan perempuan tu dan jaga anak elok-elok," antara komen netizen.

Tambah netizen, lelaki yang curang sukar untuk berubah, malah mereka mungkin akan mengulangi kesilapan pada masa akan datang.

"Kamu tak patut percaya lelaki seperti itu. Angkat kaki dan cari orang lain. Orang yang curang akan sentiasa curang.

"Lelaki ni susah nak berubah. Ambil contoh macam lelaki yang cakap nak berhenti merokok," tulis netizen lagi.

Sebagai peringatan, perbuatan zina adalah haram dan semua umat Islam perlu menjauhinya.

 

Artikel Lain