Sesetengah wanita terlanjur memilih untuk menggugurkan kandungan kerana bimbang rahsia mereka terbongkar. -Gambar hiasan AI
SEORANG gadis meraih perhatian warga Thread selepas berkongsi kisahnya yang sedang hamil anak luar nikah.Menurut gadis itu, dia terdetik untuk menggugurkan kandungan kerana pasangan enggan bertangungjawab atas kehamilannya. "Mengandung empat bulan boleh gugurkan tak? Sebab saya terlanjur dan lelaki tu tak nak tanggungjawab.Ramai wanita TTC mendambakan kehadiran zuriat dalam kehidupan mereka. -Gambar hiasan AI"Sampai saya pun tak tahu nak buat apa lagi. Saya sayang je baby ni, tapi terpaksa," tulisnya.Dia turut memuat naik sekeping foto memaparkan keadaan perutnya yang semakin membesar.Dalam tempoh sembilan jam selepas dimuat naik, hantaran itu menerima lebih 500 komen netizen.Gadis kongsi gambar perut dengan kapsyen mahu gugurkan kandungannya.Dia mengaku sedang hamil empat bulan selepas terlanjur dengan seorang lelaki.Ramai wanita TTC tinggalkan komen untuk berhubung dengan gadis itu.Mereka memberi tawaran untuk membela bayi itu selepas dilahirkan nanti.Ringkasan ini dijana oleh AIRata-ratanya adalah komen daripada golongan wanita yang berminat untuk mendapatkan bayinya selepas dilahirkan kelak."Hi awak, saya TTC (trying to conceive) dah empat tahun. Kalau boleh bagi bayi tu, saya tawarkan diri."Kalau tak nak boleh bagi saya. Saya TTC lima tahun. Belum ada rezeki zuriat sendiri lagi," komen beberapa wanita.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita anak tak sah taraf dihalang kahwin! Mak ayah masih nak sorok rahsia terlanjur zaman mudaARTIKEL BERKAITAN: “Buat sekali je, tak sangka pregnant” - Doktor terkedu dengar jawapan remaja hamil luar nikahMalah, ada juga yang menawarkan bantuan untuk menjaga wanita itu dan anaknya sehingga dia bersalin."Dik, jangan gugurkan. Kalau awak tak nak, lepas bersalin cari akak. Akak boleh jagakan. Kalau awak rasa ready nanti, awak boleh ambil dia balik."Saya handle kes begini. Sekarang ada tiga orang dengan saya. Yang dah melahirkan ada, yang menunggu hari pun ada. Beritahu location awak, saya bantu sampai awak beranak."Tolong periksa direct message (DM). Tolong jangan gugurkan. Saya tanggung segala kos. Yang penting bayi selamat," tulis netizen lagi.