Rumah yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat, kadang-kadang menjadi ancaman. -Gambar hiasan AI
SEORANG gadis tampil berani membuat pendedahan di media sosial mengenai gangguan seksual yang didakwa dilakukan oleh teman lelaki ibunya. Menerusi hantaran di Threads, gadis yang tidak mendedahkan identiti diri itu berkata, gangguan tersebut sudah tiga tahun dialami, iaitu sejak berusia 17 tahun. Menurut gadis berkenaan, dia sudah berkali-kali mengadu kepada ibunya sebelum ini, namun wanita itu menghalangnya membuat laporan kerana mereka sekeluarga bergantung hidup dengan lelaki berkenaan. "Ibu saya dan teman lelakinya duduk serumah. Saya nak buat report ibu cakap akan menyusahkan dia."Sebab kami tak ada kenderaan (dulu). Saya perlu ke kampus dengan kenderaan sebab tak dapat kolej. Tak ada motor sebab motor rosak.Tangkap layar (screenshot) kiriman mesej berbaur lucah daripada kekasih ibunya."Adik saya berusia empat tahun ada talasemia dan perlu pergi hospital setiap bulan," kongsinya.Dia turut memuat naik beberapa tangkap layar mesej lucah yang didakwa dihantar lelaki tersebut kepadanya. Meskipun gangguan yang dilakukan hanya berbentuk kiriman mesej, namun katanya ia sudah cukup membuatkan dirinya ketakutan dan trauma. ARTIIKEL BERKAITAN: Rakan sekerja wanita suka gesel-gesel badan, acah terlanggar walau tak sempit - “Kita ni jaga batas, sangat tak selesa”ARTIKEL BERKAITAN: Gempar adik mengaku terlanjur dengan BF, famili ambil tindakan matang... Ikut hati nak halau dari rumah, tapi tak tergamakGadis itu menambah, dia terpaksa berkurung di dalam bilik kerana bimbang akan keselamatan dirinya dan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku."Lillah (demi Allah) dia tak pernah sentuh saya ‘even’ sentuh kulit pun, saya pun sanggup keluar tak makan kalau dia ada. Kekadang sanggup tak keluar bilik dan berlapar seharian," kongsinya lagi sambil menambah, lelaki berkenaan merupakan seorang askar. Bercerita lebih lanjut, gadis itu berkata kemuncak kesabarannya benar-benar diuji selepas dia bersemuka hingga nyaris bertumbuk dengan kekasih ibunya itu, pada Rabu (semalam).Seorang gadis membuat pendedahan mengenai gangguan seksual yang didakwa dilakukan oleh teman lelaki ibunya.Gangguan itu berlaku selama tiga tahun, bermula sejak dia berusia 17 tahun.Ibunya menghalang dia membuat laporan kerana keluarga bergantung kepada lelaki berkenaan.Walaupun gangguan hanya melalui mesej, ia sudah cukup membuatkan dia trauma.Netizen menasihati dia untuk bertindak demi keselamatan diri.Ringkasan ini dijana oleh AIDisebabkan situasi agak tegang, ibunya memutuskan untuk menghalau teman lelakinya itu. "Sekarang jantan tu dah keluar dari rumah dan saya bagi sampai hujung bulan ni untuk dia bawa semua barang keluar."Dulu saya faham ibu tak ada transport jika saya report, sekarang Alhamdulilah kami dah ada transport sendiri ibu dah halau lelaki tu."Jadi saya nak tanya, sebenarnya apa prosesnya kalau saya buat report?" luahnya lagi sambil meminta pandangan warga maya.Reaksi gadis tersebut terhadap beberapa komen netizen.Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan jijik dengan kelakuan kekasih ibu gadis berkenaan, malah mereka mendesaknya untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa."Kau pergi report polis, gangguan seksual. Nak takut apa, laki tu belum kahwin pun dengan mak kau."Pergi report tunjuk semua bukti. Allah ada, yang penting buat keputusan yang betul. Allah bantu nanti. "Bawa sekali bukti chat ni semua, kalau dia pernah sentuh, awak bagi je tahu semua dekat pegawai penyiasat. Utamakan diri sendiri dulu," demikian antara komen netizen.