suria

Anak warisi ketampanan bapa, ibu berwajah ‘awam’ rasa rendah diri kerap ditegur - “Macam mana dia boleh mahukan saya”

Rupa paras pasangan bukanlah penentu kebahagiaan. -Gambar hiasan AI

DALAM soal mencari jodoh atau pasangan hidup, rupa paras yang menarik hanyalah satu bonus. 

Banyak lagi aspek yang lebih penting seperti keserasian, keikhlasan serta kesediaan pasangan dalam mengharungi susah senang kehidupan berumah tangga.

Di Thread, seorang wanita meraih perhatian ramai selepas berkongsi kisah tentang suaminya yang dikatakan berwajah tampan.

Suami yang kacak tidak menjadi pengukur kebahagiaan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

Menurut wanita itu, dia tidak menyangka dapat berkahwin dengan lelaki tersebut memandangkan rupa parasnya yang digambarkan sebagai 'biasa-biasa' sahaja.

"Suami saya handsome, sampai sekarang saya tak habis fikir macam mana lelaki handsome ni boleh nak dengan saya.

"Anak-anak saya comel, semua ikut muka dia. Kalau keluar, mesti akan ada orang sekeliling tegur. Anak comel, rupa saya biasa je. Anak-anak ikut muka bapa," tulisnya.

  • Wanita kongsi kisah berkahwin dengan lelaki kacak.
  • Dia seolah-olah tidak percaya memandangkan wajahnya biasa sahaja.
  • Pasangan itu juga sudah dikurniakan cahaya mata selepas 10 tahun berkahwin.
  • Lebih penting katanya, suaminya juga seorang yang sangat bertanggungjawab.

Tambah wanita itu, suaminya bukan sahaja tampan, malah seorang yang sangat bertanggungjawab dalam rumah tangga. 

"Alhamdulillah, 10 tahun kami berkahwin. Dia seorang suami yang ringan tulang. Semalam je dia tolong saya basuh pinggan.

"Macam mana saya tak jatuh cinta dengan dia hari-hari? Semoga panjang jodoh saya dengan dia," tulis wanita itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘hembus’ doa elak isteri terliur tengok lelaki kacak ada ‘jawline’, risau hubungan jarak jauh... Ambil iktibar kes artis curang

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kacak, isteri cantik tapi pengotor! ‘Penyewa puaka’ hidup dalam sampah berulat, sewa pun lambat bayar

Hantaran itu turut menerima pelbagai komen netizen.

Malah, netizen turut meminta wanita itu agar tidak terlalu merendah diri dengan rupa parasnya.

"Awak jangan cakap macam tu. Awak pun comel juga.

"Begini ya perasaannya bila dapat suami yang berwajah kacak.

"Rezeki sis dapat suami kacak," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain