suria

Rimas tengok pengemis online asyik meminta, ulang 'skrip' sama rayu simpati- "Kalau susah sangat, kau keluarlah cari kerja"

Pengurusan kewangan yang lemah membuatkan kebanyakan individu dibebani hutang. -Gambar hiasan AI

RUANGAN media sosial sering digunakan untuk perkongsian pelbagai isu mahupun luahan perasaan atau pandangan daripada penggunanya.

Namun sejak kebelakangan ini, terdapat individu yang menggunakannya untuk meraih simpati sehingga mengetepikan rasa malu dengan meminta-minta bantuan atau sumbangan secara terbuka.

Seorang wanita tampil menegur tingkah laku tersebut yang didakwa sering dilakukan golongan isteri, sambil menyifatkannya sebagai salah satu taktik mengemis masa kini.

Tabiat berbelanja yang tidak berhemah menyumbang kepada hutang yang tidak terkawal. -Gambar hiasan

Tabiat berbelanja yang tidak berhemah menyumbang kepada hutang yang tidak terkawal. -Gambar hiasan

"Isteri zaman sekarang ni lagi memilih untuk menjadi pengemis di Thread berbanding keluar pergi cari kerja," katanya di Thread.

Disebabkan sering melihat 'posting' merayu meminta bantuan, dia secara tidak langsung mula menghafal 'skrip' dan alasan yang sering diberikan golongan terbabit untuk menagih belas ihsan warga maya.

Malah ujar wanita ini, alasan kesempitan hidup yang diberikan membuatkan mereka mudah mendapat bantuan kewangan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bagi seorang seringgit guys” - Pengguna Facebook hilang rasa malu, mengemis derma orang ramai nak bayar hutang RM4,700

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas minta kek untuk anak, bapa rayu peti sejuk pula! Jiran dedah ‘pengemis’ ada kereta Hyundai, hidup tak susah mana

"Tak habis-habis guna ayat suami baru kerja, suami gaji sikit... kalau dah susah sangat, kau keluarlah cari kerja.

"Lepas tu ada pula yang guna alasan anak ramai," tambahnya sambil berkongsi beberapa alasan yang sering digunakan pengguna di platform tersebut untuk 'mengemis'.

Mengakui rimas dengan situasi berkenaan, dia berkata pelbagai pekerjaan boleh dilakukan dari rumah berbanding mengemis dalam talian.

  • Media sosial kini disalah guna untuk tujuan menagih simpati dan meminta-minta.
  • Wanita tegur isteri pilih ‘mengemis’ di Threads daripada bekerja.
  • Alasan popular - suami gaji kecil, baru kerja dan anak ramai.
  • Banyak kerja dari rumah boleh dibuat tanpa jatuhkan maruah.
  • Netizen kecam, anggap perbuatan itu memalukan keluarga.

"Banyak lagi kerja yang boleh buat kat rumah. Buat affiliate atau sertai dropship.

"Banyak alasan, nak kerja mudah saja," tambahnya sambil meminta golongan isteri untuk menjaga maruah suami.

Baginya, kebanyakan wanita yang memperdagangkan kisah peribadi di media sosial melakukannya tanpa pengetahuan suami masing-masing.

Warga maya turut meluahkan rasa kurang senang seperti pengadu.

Warga maya turut meluahkan rasa kurang senang dengan sikap meminta-minta dalam talian.

"Tolonglah jaga air muka suami. Aku berani jamin 100 peratus yang suami kau tak tahu pun kau jadi pengemis online," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan tersebut dan menyifatkan perbuatan meminta-minta tanpa usaha yang gigih adalah satu tindakan yang tidak bermoral dan memalukan keluarga.

"Ramai jadi enabler, sebab itu pengemis semakin 'membiak'.

"Kadang-kadang bukan tak kesian tapi tengok ayat tu asyik 'tak mampu beli itu beli ini', kalau tak mampu tu buat diamlah macam saya.

"Zaman mak-mak kita dulu pintal ais krim Malaysia, bungkuskan keropok roda untuk jual atau ambil upah jahit baju sebab malu nak meminta," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain