KONFLIK yang terpaksa dilalui pasangan suami isteri ini selepas kelahiran anak pertama mereka menjadikan rumah tangga yang dibina berantakan.Masalah pasangan ini menjadi perbincangan hangat netizen selepas si isteri meluahkan rasa tertekan membesarkan anak seorang diri dan enggan hamil lagi sehingga dia memberi keizinan kepada suami untuk bermadu. Menerusi perkongsian dibuat di laman X, suaminya yang berusia 30 tahun memaklumkan dia dan isterinya terpaksa menjalani hubungan jarak jauh (LDR) antara Kuala Lumpur dan Kedah selepas tempoh cuti bersalin isterinya berakhir.Mengurus anak kecil sendirian boleh mengundang rasa tertekan. -Gambar hiasan AI"Baru anak seorang lepas tiga tahun berkahwin. Baru-baru ni saya habis cuti paternity dan annual leave dan putuskan untuk LDR beberapa hari."Isteri beritahu saya, dia tak sanggup nak besarkan anak sebab tertekan dan dia bagi saya keizinan untuk bermadu yang mana saya kecewa dengan kata-kata dia," luah si suami.Luahan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tampil memberi pendapat.Rata-ratanya memberi nasihat serta peringatan agar suami lebih peka terhadap emosi isteri yang baru melahirkan anak.ARTIKEL BERKAITAN: "Ganteng ya abang" - Suruh jaga ibu berpantang, sekali suami turut 'dijaga'! Wanita geram dapat CL menggeletisARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini kongsi 8 tugas suami jaga isteri dalam pantang, mudah... tak perlu lagi hantar ke kampung"Mengandung dan beranak ni pengalaman paling personal wanita boleh rasa sebab tak ada orang akan faham. Walau sesama ibu lain pun tak akan faham sebab perjalanan setiap orang tu lain."Ada orang yang tak komplikasi teruk dan ada yang hampir mati masa beranak. Cuba duduk dengan isteri dan sembang dengan dia."Waktu berjauhan dengan isteri siapa jaga anak? Ada tolong isteri jaga anak tak? Isteri cakap je tentang madu tu tapi jangan ambil serius. Awak patut ringankan beban isteri tolong jaga anak bukan tambah bini," komen beberapa netizen.Pasangan suami isteri terpaksa menjalani LDR antara Kuala Lumpur dan Kedah selepas kelahiran anak pertama.Isteri tertekan hingga beri keizinan kepada suami untuk bermadu.Luahan rasa kecewa si suami mengundang perbincangan hangat di media sosial.Netizen menasihatkan agar suami lebih peka dan membantu meringankan beban isteri selepas bersalin.Suami menjelaskan isterinya bersalin secara caesarean dan dia sudah menjaga anak sepanjang cuti paternity sebelum LDR.Ringkasan ini dijana oleh AITidak berdiam diri, lelaki berkenaan tampil memberi penjelasan lanjut serta mempertahankan diri mengenai peranannya sebagai bapa dan suami dalam rumah tangga."Terima kasih atas semua nasihat. Saya sudah baca semua komen dan soalan. Untuk makluman isteri saya ni caesar dan sepanjang paternity dan 'annual leave' saya jaga anak sampai satu bulan."Sampai luka jahitan isteri saya kering dan sekarang kami LDR. Terima kasih atas segala doa kalian," katanya.