suria

Berhenti kerja balik kampung jaga ibu sakit, cuci najis tetap dilabel derhaka - "Anak duduk jauh tak ada dosa dengan mak"

Anak-anak perlu memikul tanggungjawab menjaga ibu bapa yang sakit dan sudah lanjut usia. -Gambar hiasan

KISAH seorang lelaki yang sanggup meninggalkan kerjaya profesional demi menjaga ibunya meraih perhatian ramai di Thread.

Menurut isteri kepada lelaki itu, mereka sekeluarga berpindah ke kampung demi menguruskan ibu mentuanya yang kini sudah uzur.

"Suami saya ada degree, dulu kerja kat Putrajaya. Balik kampung duduk dengan mak. Sekarang kerja kedai makan, gaji basic.

Pics pose for story on people taking their expired medicine.—AZMAN GHANI/The Star

Anak juga boleh mengupah pembantu untuk menguruskan ibu bapa yang sakit. -Gambar hiasan

"Kadang sebelum pergi kerja, bersihkan tahi maknya kat lantai," tulis wanita itu memulakan cerita.

Di sebalik pengorbanan mulia itu, dia bersimpati dengan nasib suaminya kerana kerana perlu berdepan cabaran dalam menjaga orang tua.

"Kadang dia ada tertinggi suara kepada emaknya. Mak dia mengadu kepada saya, dia kecil hati dan tak maafkan dunia akhirat. Rasa sedih sebab tak adil.

  • Seorang lelaki membawa anak dan isterinya berpindah ke kampung.
  • Lelaki itu juga sanggup berhenti kerja demi menjaga ibunya yang sakit.
  • Dia kini menyara keluarga dengan bekerja di kedai makan di kampung.
  • Lelaki itu berdepan cabaran emosi dalam menguruskan ibunya yang sudah uzur.

"Anak yang duduk jauh tak ada dosa dengan mak. Suami saya anak paling dekat dengan mak, jaga mak, tapi kena label anak derhaka.

"Saya selalu pujuk mak. Saya kata abang (suami) mungkin penat dan stres. Nak jaga mak lagi, kerja lagi dengan anak kecil lagi," luahnya.

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap gaduh dengan mak, anak derhaka kini menyesal! Ada sesuatu jentik hati lepas keluar rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Bayar yuran pusat jagaan hampir RM5,000 demi beri ibu kehidupan terbaik, wanita kerja 'oil and gas' stres saudara mara cop anak derhaka

Netizen turut menasihatinya agar terus bersabar kerana pengorbanan itu pastinya akan terbalas suatu hari nanti.

"Ujian buat suami awak. Kena banyak sabar sebab orang tua akan kembali semula perangai macam budak-budak.

"Syurga itu mahal. Tak mudah untuk dapat. Ini ujian yang kita kena hadap dengan reda untuk dapatkan syurga.

"Sabarlah. Rezeki melimpah ruah nanti kerana Allah pandang jasa bakti kita kepada ibu bapa," antara komen netizen.

Artikel Lain