suria

Kerap gaduh dengan mak, anak derhaka kini menyesal! Ada sesuatu jentik hati lepas keluar rumah

Anak-anak yang nakal biasanya mula menyedari kesilapan mereka selepas berjauhan dengan ibu bapa. -Gambar hiasan

MASA lalu tidak dapat diputar kembali, jadi jangan disia-siakan momen bersama insan tersayang.

Seorang wanita berkongsi kisah remajanya yang penuh dengan penyesalan kerana ketika itu dia tidak suka meluangkan masa bersama ibunya.

"Masa remaja dulu aku kuat melawan mak. Hampir tiap hari aku mengadu kat kawan, gaduh dengan mak aku. Aku rasa mak aku annoying.

A situation secondary school with students arrive at the morning during reopened after long holidays in conjunction of Chinese New Year at Rawang.— FAIHAN GHANI/The Star

Usia remaja merupakan satu fasa yang mana kebanyakan anak akan memberontak. -Gambar hiasan

"Ikutkan kategori, anak derhaka dah aku. Masa remaja aku banyak habiskan masa dengan kawan dan aktiviti sekolah sampai aku tak ada memori bersama keluarga ketika remaja.

"Aku tak ingat aku pakai baju raya warna apa, raya kat mana," ujarnya menerusi hantaran tular di TikTok.

Wanita itu bagaimanapun mula menyedari kesilapannya selepas meningkat dewasa, lebih-lebih lagi apabila hidup berjauhan dari keluarga.

Betul sangat, saya masa remaja suka marah-marah. Sekarang lebih menghargai mak.

NETIZEN

Namun katanya, dia bersyukur kerana ibunya masih sihat, sekali gus memberi peluang kepadanya untuk menebus kesilapan lalu.

"Bila dah keluar dari rumah, sambung belajar, kerja dan berkeluarga barulah aku faham kenapa mak aku macam tu dan macam ni.

"Dan sekarang aku sangat menghargai masa dengan keluarga. Alhamdulillah, syukur sangat Allah panjangkan usia mak.

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang mood tengok bapa biadab layan anak di restoran! Tuan kedai pun gagal tunjuk contoh baik, sinis cakap dengan budak

ARTIKEL BERKAITAN: Media sosial disekat, telefon ada kata laluan... Ibu sedih diperlakukan seperti orang luar - “Saya menangis setiap malam, tergugat emosi”

"Masih ada peluang untuk habiskan banyak masa dengan mak aku. Hargailah mak kita sementara mereka masih ada," tulis wanita itu lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut merasai kesedihan membaca luahannya itu kerana mereka turut melalui pengalaman sama.

"Betul sangat, saya masa remaja suka marah-marah. Sekarang lebih menghargai mak.

People cleaning up grave of their love ones at Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur. Muslims in Malaysia will observe the Ramadhan or fasting month on Monday, May 6, 2019. RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Anak-anak perlu menghargai masa yang ada sebelum ibu bapa pergi buat selama-lamanya. -Gambar hiasan

"Sama, dulu cuti lepak dengan kawan. Sekarang dah kahwin, asal cuti, mesti balik lepak dengan mama dan abah.

"Beruntung kamu dik. Kamu sedar (kesilapan) ketika ibumu masih hidup lagi," tulis netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain