suria

Dendam bos lewat bayar gaji, bekas pekerja buat grup WhatsApp hasut staf baharu ‘resign’ - “Memang nak bagi saya lingkup”

Antara cabaran terbesar seorang ketua atau majikan adalah berdepan kerenah pekerja. -Gambar hiasan

BUKAN mudah sebenarnya bergelar seorang majikan.

Dalam menggalas bertanggungjawab besar mengemudi sesebuah syarikat, salah satu cabaran yang perlu dihadapi adalah kerenah staf bawahan.

Dalam satu hantaran di laman Facebook, seorang pelayar meluahkan masalah yang dihadapi apabila beberapa pekerjanya mahu berhenti kerja dipercayai termakan hasutan pihak lain.

"Staf saya kantoi ada di dalam group (WhatsApp) dengan ex-staf yang telah berhenti kerja.

BOS 3

Kelewatan pembayaran gaji oleh pihak majikan boleh menyebabkan kakitangan tertekan. -Gambar hiasan

"Yang lagi mengejutkan staf yang baru kerja seminggu pun telah di'invite' ke dalam group tersebut dan mereka dihasut supaya berhenti kerja immediately.

"Saya akui saya culas bayar gaji ex-staf bulan lepas akibat sales yang merudum dan ditambah pula dengan kes sabotaj ex-staf.

"Akan tetapi saya dah bayar secara ansuran dan hampir selesai," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bos kelu staf buat pengakuan... Suka skandal isteri orang sebab tak payah guna perlindungan, mengandung pun tak risau!

ARTIKEL BERKAITAN: Waktu tawar kerja sembang modal juta-juta, sampai hari gaji bos minta diskaun! Lelaki ini akhirnya tahu cara orang kaya berniaga

Menurut pelayar itu lagi, selepas mengetahui 'gerakan' bekas pekerjanya, dia bertindak menghubungi individu tersebut untuk menyelesaikan hal berbangkit sekali gus mahu menghentikan gangguan terhadap staf baharunya.

Namun usahanya tidak mendapat kerjasama daripada individu berkenaan, membuatkan dirinya buntu untuk mencari penyelesaian.

Make sure staf yang masuk baru tak jumpa staf yang lama. Alhamdulillah akan clear masalah toksik.

NETIZEN

"Dalang yang buat group untuk hasutan ini pula adalah ex-staf yang tak nak berbincang dan tidak mahu penyelesaian secara ansuran.

"Saya call dia reject dan dia enggan berjumpa untuk perbincangan bagi menyelesaikan isu gaji ini.

"Kesan daripada ini, staf baru mula goyah dan mula bersuara nak berhenti selepas mendapat gaji bulan ini.

"Apakah yang perlu saya lakukan bagi menyelesaikan isu ini? Kerana dalang di sebalik isu ini memang berniat nak bagi saya lingkup," luahnya lagi.

BOS 1

Persekitaran toksik boleh menjejaskan prestasi kakitangan seterusnya memberi kesan kepada syarikat. -Gambar hiasan

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan simpati dan memberi cadangan kepada individu berkenaan bagi mengelakkan situasi toksik di syarikatnya.

"Biarkan mereka berhenti kerja. Bayar gaji tertunggak mereka. Pekerja toksik merosakkan bisnes majikan.

"Kalau nak berhenti, biar berhenti semua. Make sure staf yang masuk baru tak jumpa staf yang lama. Alhamdulillah akan clear masalah toksik.

"Adakan akujanji bertulis mengenai gaji yang tertunggak, terutama jika pembayaran secara ansuran perlu dilakukan. Ini juga akan melindungi anda jika berlaku sebarang tuntutan undang-undang di masa depan," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain