suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kahwin senyap-senyap, Kim Joon Sik berjaga-jaga takut umum majlis awal

Perkongsian Joon Sik mengejutkan peminat.

PELAKON Kim Joon Sik membuat pengumuman mengejutkan ramai peminat apabila dia memberitahu bakal menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya. 

Tidak seperti kebanyakan artis lain yang memaklumkan perkara tersebut lebih awal, Joon Sik, 32, menulis surat terbuka kepada peminat pada hari dia melangsungkan perkahwinan. 

"Saya akan berkahwin hari ini. Tidak mudah untuk saya berkongsi berita ini.

Joon Sik kongsi khabar gembira sudah menamatkan zaman bujang. 

"Saya mahu beritahu kepada semua, tetapi kami mengadakan majlis secara kecil-kecilan. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami beritahu hari ini," katanya dalam satu hantaran di Instagram pada Isnin. 

Joon Sik bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci lokasi dia mengadakan majlis berkenaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Niki berang peminat rakam video tanpa izin, netizen ‘bantai‘ balik dengan komen pedas 

ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun bercinta, Yoo Seung Ho dan Lim Se Joo akhirnya bawa haluan masing-masing

Malah pelakon berkenaan tidak mendedahkan identiti wanita yang menjadi isterinya. 

Dia bagaimanapun menyifatkan isterinya sebagai seorang individu yang banyak memberi sokongan sepanjang berdepan pelbagai dugaan dalam hidup. 

"Dia sentiasa di sisi, memberi rasa yakin ketika saya meraguinya, sentiasa tenangkan saya ketika hilang sabar," luahnya.

 

Artikel Lain