HUBUNGAN cinta pasangan pelakon Yoo Seung Ho dan Lim Se Joo dilaporkan berakhir selepas kira-kira enam tahun bersama.Perkara itu disahkan oleh agensi kedua-dua pelakon berkenaan yang memaklumkan mereka kini sudah membawa haluan masing-masing.Menurut agensi Yoo Seung Ho, 33, kedua-duanya pernah menjalinkan hubungan romantik namun kini kekal berhubung baik sebagai rakan sekerja.Pasangan ini bagaimanapun masih mengunci mulut berhubung isu berkenaan. “Memang benar mereka pernah menjalinkan hubungan romantik, tetapi kini mereka sudah berpisah.“Mereka masih mengekalkan hubungan baik sebagai rakan sekerja,” katanya.Sementara itu, agensi Lim Se Joo, 35, turut mengesahkan perkara sama dan memberitahu pasangan itu pernah bercinta selama kira-kira enam tahun.“Memang benar mereka berdua pernah bercinta selama kira-kira enam tahun, tetapi kini mereka sudah berpisah,” jelasnya.ARTIKEL BERKAITAN: “Hanya Sentuh Bibir, Bukan Cium” - Yoo Seung HoARTIKEL BERKAITAN: Keyakinan diri meningkat, Sheila Marcia sanggup ubah ‘aset‘ demi suamiBagaimanapun, kedua-dua agensi tidak mendedahkan punca mahupun waktu sebenar pasangan tersebut mengambil keputusan untuk berpisah.Sebelum ini, media Korea melaporkan hubungan cinta Yoo Seung Ho dan Lim Se Joo dipercayai bermula selepas mereka bergandingan menerusi drama tvN, Memorist, pada 2020.Hubungan tersebut kemudiannya dikatakan berlanjutan selama kira-kira enam tahun sebelum mereka akhirnya memilih untuk membawa haluan masing-masing.