PELAKON dan penyanyi Jennifer Coppen berjanji akan memberi layanan istimewa buat suaminya, Justin Hubner selepas pasukan bola sepak Indonesia menjuarai perlawanan Piala Fifa Asean 2026 pada malam Isnin.Bukan sekadar menyediakan makanan yang lazat di rumah, malah Jennifer sempat berseloroh akan memanjakan Justin selepas suaminya itu berusaha membantu pasukan bergelar juara. "Suami saya mahu ayam goreng, bakso, nasi padang... semua akan saya masak. Apa saja yang dia mahukan saya akan masak.Jennifer memberi sokongan penuh sepanjang pasukan Indonesia beraksi. "Full service malam nanti. Maksudnya saya mahu dia pulang ke rumah agar kami dapat bertemu," katanya.Dalam perlawanan akhir menentang Thailand di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta, pasukan Indonesia menang dengan keputusan jaringan 4-2.Sebelum ini nama Jennifer hangat menjadi bualan dan kecaman selepas dia meninggalkan komen sindiran mengenai pasukan bola sepak Malaysia.ARTIKEL BERKAITAN: Tunai umrah dalam masa singkat, Ivan Gunawan doa bertemu jodoh... Mahu wanita kaya dan berjaya ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel lelaki ‘red flag‘, Nino Fernandez tampil pertahan diri... Nafi isteri punca ceraiMengulas perkara tersebut, pelakon ini turut meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang meninggalkan komen tidak elok terhadap anaknya, Kamari."Sedih tetapi tidak mengapa. Saya sudah biasa dihentam. Tetapi jangan libatkan anak. Kalau anda orang dewasa kecam melibatkan anak kecil, anda tidak matang," luahnya.