suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dilabel lelaki ‘red flag‘, Nino Fernandez tampil pertahan diri... Nafi isteri punca cerai

Nino tidak berdiam apabila timbul fitnah tentang dirinya.

PELAKON Nino Fernandez tidak berdiam selepas wujud beberapa kandungan media sosial yang mengungkit kembali kisah hubungannya dengan bekas isterinya, Hannah Al Rashid.

Dilabelkan sebagai seorang lelaki 'red flag' dalam perkahwinan terdahulu, Nino, 42, tampil menjelaskan dia berpisah dengan Hannah atas permintaan bekas isterinya itu.

Malah pelakon ini juga menafikan dakwaan yang menjadi punca mereka bercerai adalah sebagai satu cerita fitnah.

Nino kini bahagia bersama Steffi dan anak mereka. 

"Selama ini saya berdiam tetapi cerita ini semakin meluas dan banyak fitnah. Saya dan bekas isteri berpisah atas permintaan dia.

"Cerita yang saya minta cerai adalah tidak benar. Apalagi cerita saya tinggalkan dia kerana tak boleh berikan anak," katanya.

Nino berkahwin dengan Hannah pada2020 dan berpisah selepas empat tahun hidup bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting bangga anak fasih bahasa Inggeris, dah tak risau nak melancong luar negara 

ARTIKEL BERKAITAN: Pernikahan Andre Taulany dan Amanda Rigby jadi bualan, bekas isteri dakwa ada sebab kahwin mengejut!

Dia kemudian berkahwin dengan pelakon dan penyanyi Steffi Zamora pada 2025.

Tegas Nino lagi, tidak wujud orang ketiga dalam perkahwinan terdahulu dan dia mengenali Steffi selepas bercerai.

"Saya kenal dengan Stef selepas bercerai, jadi cerita dia orang ketiga itu adalah tidak benar," jelasnya.

Artikel Berikut

Artikel Lain