suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jim Carrey kahwin lagi, ‘naik pelamin‘ lepas 29 tahun menduda

Jim dan Min Ah melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis tertutup.

PELAKON Jim Carrey dilaporkan kembali mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Min Ah.

Memetik laporan TMZ, pelakon berkenaan melangsungkan majlis perkahwinan secara tertutup di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, tarikh sebenar dan lokasi majlis tersebut tidak didedahkan.

Jim sebelum ini tidak pernah mendedahkan hubungannya dengan Min Ah. 

Jim, 64, sebelum ini secara terbuka mendedahkan hubungannya dengan Min Ah ketika tampil dalam sebuah acara anugerah di Paris pada Februari lalu.

Ketika menyampaikan ucapan, pelakon berkenaan turut mengucapkan penghargaan buat Min Ah dengan ungkapan istimewa 'saya cintakan awak'.

Pasangan ini dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2022 namun tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal dalam percintaan... Ben Affleck reda jadi bahan lawak, disindir anak-anak 

ARTIKEL BERKAITAN: Channing Tatum terkejut dituduh guna IG palsu sindir bekas tunang Zoe Kravitz dan Harry

Jim sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Melissa Womer pada tahun 1987 dan bercerai pada 1995.

Mereka memiliki seorang cahaya mata bersama.

Pelakon itu kemudian kembali berkahwin dengan aktres Lauren Holly pada tahun 1996 namun hubungan mereka tidak bertahan lama.

 

Artikel Lain