BINTANG rancangan realiti 90 Day Fiance, Shekinah Garner memfailkan perceraian terhadap suaminya, Sarper Guven walaupun tidak sampai dua tahun mendirikan rumah tangga.Menurut dokumen mahkamah, Garner, 44, memfailkan perceraian pada Isnin dengan alasan perbezaan yang tidak dapat didamaikan. Bagaimanapun menerusi media sosial, Garner meluahkan kekecewaan terhadap rumah tangga mereka dan mendakwa dirinya kekal setia walaupun mendapat tahu Guven menggunakan aplikasi temu janji serta dilihat bersama wanita lain.Mereka berkahwin pada 11 November 2024. “Memfailkan perceraian bukan keputusan yang saya buat dengan mudah atau tanpa rasa patah hati, tetapi saya sudah sampai ke satu tahap yang tidak boleh berpatah balik.“Saya memilih untuk melepaskan semuanya dengan penuh kasih sayang, meratapi apa yang saya percaya kami boleh capai bersama dan mula meneruskan kehidupan saya,” katanya.Shekinah turut mendakwa hubungan mereka mula terasa seperti bukan suami dan isteri selepas Guven dikatakan memilih untuk menjalani kehidupan sebagai lelaki bujang.ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting bangga anak fasih bahasa Inggeris, dah tak risau nak melancong luar negaraARTIKEL BERKAITAN: Foto intim dengan orang kaya tersebar, penyanyi cantik kena singkir kumpulanLebih mengejutkan, Garner mendakwa Guven turut menjadikan kisah hubungan mereka sebagai bahan jenaka dalam persembahan komedinya.Pasangan itu berkahwin pada 11 November 2024 dan Garner mendakwa mereka berpisah pada 22 September lalu.