PENYANYI Syahrini mengakui dia melakukan suntingan terhadap fotonya sebelum dikongsikan di akaun media sosial.Menurut Syahrini, tugas mengambil gambar pula biasanya dilakukan oleh suaminya, Reino Barack yang disapanya sebagai Pak RB. Berkongsi rutin mereka, Syahrini berkata dia akan mengambil kesempatan untuk menyunting foto ketika suaminya sibuk dengan urusan kerja.Syahrini tidak menafikan hasil suntingannya kadangkala terlalu keterlaluan."Pak RB kena ambil gambar."Pak RB mesyuarat, saya edit foto," seloroh Syahrini ketika muncul dalam C8 Podcast.Bagaimanapun, Syahrini mengakui hasil suntingannya kadangkala terlalu keterlaluan sehingga menyebabkan beberapa bahagian pada foto kelihatan janggal.ARTIKEL BERKAITAN: Syahrini tanggung malu, trofi diterima di Cannes tak diiktiraf UnescoARTIKEL BERKAITAN: Netizen tak percaya Syahrini lahirkan anak pertama, minta tunjuk bukti video bersalinMalah, keadaan itu secara tidak langsung mengundang spekulasi dalam kalangan netizen yang mendakwa perubahan pada penampilannya berpunca daripada prosedur pembedahan plastik.Syahrini bagaimanapun menjelaskan perubahan tersebut mungkin disebabkan suntingan yang dilakukannya sendiri mengikut keadaan dan mood ketika itu."Kadang-kadang hidung terlalu mancung, kadang-kadang pinggang terlalu kecil, bergantung kepada mood sahaja."Kadang-kadang kaki jadi terlalu panjang, maklumlah bukan profesional," ujarnya.