KELIHATAN terlalu cantik di kaca televisyen, pelakon Song Hye Kyo mengakui pernah terfikir untuk tidak keluar rumah kerana bimbang orang ramai kecewa apabila melihat penampilannya secara berdepan.Menurut laporan media Korea Selatan, Song berkata pujian yang diterimanya selepas membintangi drama That Winter, The Wind Blows membuatkan dia sendiri berasa kurang yakin untuk berdepan dengan peminat. Katanya, penampilannya yang kelihatan begitu cantik dalam drama berkenaan banyak dipengaruhi teknik pencahayaan serta rakaman kamera.Song takut mengecewakan harapan semua orang."Sebenarnya, semua itu adalah hasil pencahayaan. Jika anda bertemu saya secara berdepan, mungkin anda tidak akan beranggapan begitu."Saya kelihatan sangat cantik di skrin sehingga kadangkala saya sendiri terfikir mungkin saya tidak sepatutnya keluar rumah kerana takut mengecewakan harapan semua orang," katanya secara berseloroh.ARTIKEL BERKAITAN: Pipi Song Hye Kyo berbekas akibat ditampar Lim Ji Yeon, terpaksa ‘touch up’ solekan ARTIKEL BERKAITAN: Song Joong Ki ikut cakap bapa, sikap Song Hye Kyo didakwa punca ceraiDalam pada itu, Song Hye Kyo mengakui faktor usia membuatkan dia kini lebih menitikberatkan penjagaan kulit."Saya kerap mengunjungi doktor kulit dan menjaga kulit saya."Dahulu saya tidak begitu mengambil berat tentang perkara ini, tetapi sekarang saya lebih prihatin kerana usia semakin meningkat. Semuanya mula kelihatan sekarang," ujarnya.