BERKONGSI pengalaman di fasa permulaan kerjaya seni, penyanyi Hwang Ka Ram memberitahu dia pernah melalui waktu sukar sehingga terpaksa menjadi gelandangan.Menurut Hwang, 41, jangkaannya untuk mencipta nama ternyata tidak semudah yang disangka meskipun memiliki bakat dalam bidang nyanyian. Dalam satu temu bual, penyanyi itu mendedahkan dia berhijrah ke bandar Seoul, Korea Selatan, berbekalkan wang berjumlah sekitar RM6,000 hasil kerja sambilan yang dilakukan sebelum itu.Selain menyanyi Hwang juga aktif mencipta lagu. Namun, wang tersebut habis digunakan untuk perbelanjaan sepanjang dia mula aktif membuat persembahan jalanan di bandar berkenaan."Saya fikir sesuatu seperti dalam drama akan berlaku, akan ada orang yang bertanya untuk cuba dalam muzik," ceritanya.Disebabkan tidak mampu membayar sewa bulanan, Hwang terpaksa tinggal di jalanan selama hampir lima bulan.ARTIKEL BERKAITAN: Dok2 luah cinta sempena hari lahir Lee Hi, hadiahkan lagu khas buat teman wanita ARTIKEL BERKAITAN: Seluar dalam terdedah ketika menari, persembahan Hwasa bikin tular"Saya terkena jangkitan kutu ketika tidur di bangku, saya terpaksa mencukur rambut termasuk kening."Ada burung merpati di atas bangku tersebut dan saya terkena tahi burung," kongsinya.Nama Hwang mula dikenali selepas tampil dengan lagu pertama berjudul I'm Firefly sekitar 2024.