BEKAS pelakon kanak-kanak Jonathan Taylor Thomas berdepan masalah undang-undang selepas ditahan polis dalam satu insiden di California, Amerika Syarikat. Thomas, 45, ditahan selepas didakwa mengganggu tugas polis ketika satu pemeriksaan trafik dijalankan. Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku apabila sebuah kenderaan ditemukan berhenti di persimpangan walaupun lampu isyarat berwarna hijau sehingga menghalang lalu lintas.Thomas mabuk ketika kejadian tersebut berlaku. Thomas ketika itu berada di tempat duduk penumpang manakala pemandu kenderaan berkenaan disiasat kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.Bagaimanapun, Thomas didakwa beberapa kali keluar dari kenderaan dan menghampiri anggota polis ketika ujian ketenangan dilakukan terhadap pemandu.Pihak berkuasa mendakwa dia kelihatan mabuk dan enggan memberi kerjasama walaupun diarahkan supaya kekal berada di dalam kenderaan.ARTIKEL BERKAITAN: Chris Brown dedah penat hadap ‘sarkas‘ dunia hiburanARTIKEL BERKAITAN: Seluar dalam terdedah ketika menari, persembahan Hwasa bikin tularSituasi kemudian menjadi tegang apabila Thomas didakwa menendang seorang anggota polis di bahagian perut ketika proses penahanan dilakukan.Dia kemudiannya dibawa ke lokap dan ditahan atas syak wasangka menghalang tugas pegawai serta mabuk di tempat awam.Kes berkenaan kini diserahkan kepada pihak pendakwa raya bagi menentukan sama ada pertuduhan rasmi akan difailkan terhadapnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube