suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jerebu teruk di Kalimantan, Dadali terpaksa beli oksigen akibat sesak nafas

Dyrga terpaksa meneruskan persembahan dalam keadaan jerebu.

VOKALIS kumpulan Dadali iaitu Dyrga berkongsi pengalaman kurang menyenangkan akibat sesak nafas ketika membuat persembahan di Kalimantan, Indonesia susulan masalah jerebu yang masih teruk di wilayah itu.

Malah, Dyrga turut meluahkan kebimbangan terhadap penduduk di sana yang dilihat seakan sudah terbiasa tanpa menghiraukan kesihatan mereka menghadapi situasi bacaan udara tidak sihat.

Lebih teruk lagi penyanyi itu juga dapat menghidu bau asap selepas usaha memadamkan kebakaran hutan dilakukan menerusi kaedah bom air menggunakan helikopter.

Dyrga berkongsi pemandangan ketika sesi sound check. 

“Keadaan di Kalimantan masih teruk, tetapi yang membuatkan saya hairan, penduduk di sana nampak sudah biasa dan tenang sahaja. Saya sendiri baru menyanyikan satu lagu terus sesak nafas dan memerlukan oksigen.

“Asapnya sangat tebal. Jadi semakin disiram menggunakan helikopter, semakin banyak wap dan asap. Baunya memang seperti kebakaran," katanya.

Dadali tampil membuat persembahan di Kalimantan dalam sebuah acara festival di Kalimantan pada 19 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Caitlin Halderman akui jerebu Malaysia lebih teruk berbanding Jakarta 

ARTIKEL BERKAITAN: Rhoma Irama tak boleh bersara, kongsi rahsia kekal sihat pada usia 80 tahun

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Instagram, Dyrga juga memuat naik video situasi jerebu yang sangat teruk di sana ketika dia sedang menjalani sesi raptai sehingga terpaksa memakai pelitup muka.

Bagaimanapun, dia masih meneruskan persembahan itu dan mengambil inisiatif membeli bekalan oksigen di farmasi akibat sesak nafas.

"Saya sesak nafas dan memang tak boleh tahan. Selepas itu kepala saya agak pening mungkin kerana kandungan oksigen sudah berkurang.

"Kami rasa sepatutnya acara seperti itu tidak diteruskan dahulu, sehinggalah keadaan selesai," kongsinya.

Artikel Lain