PELAKON Indonesia, Caitlin Halderman mengakui keadaan jerebu yang melanda Malaysia ketika ini dilihat lebih teruk berbanding Jakarta, Indonesia.Caitlin, 26, berkata keadaan itu mungkin disebabkan kedudukan Malaysia yang lebih dekat dengan Kalimantan, Indonesia yang menjadi antara kawasan terjejas akibat kebakaran. Bagaimanapun, menurutnya, penduduk Jakarta turut berdepan masalah pencemaran udara susulan letusan gunung berapi Anak Krakatau yang memberi kesan terhadap kualiti udara di kawasan berkenaan.Caitlin terkejut dengan keadaan jerebu di Malaysia.“Ya, keadaan jerebu masih parah. Cuma saya tinggal di Jakarta. Jadi sebenarnya Kalimantan lebih dekat ke sini daripada Jakarta.“Jadi, saya pasti anda semua di sini lebih terkesan berbanding kami di Jakarta.“Kalau di Jakarta memang kita terkesan, tetapi itu lebih kepada letusan gunung berapi kerana ia lebih dekat dengan kami,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Babak dukung Hannah Delisha, Meerqeen ikut kehendak skrip atas persetujuan semua pihakARTIKEL BERKAITAN: “Tajuk itu memang kasar“ - Erma Fatima elak sebut judul drama sendiriCaitlin berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Malam Gala dan tayangan perdana Viu Original, The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan) di TGV Pavilion Damansara Heights, pada Selasa.Dalam pada itu, pelakon berkenaan berharap isu pencemaran udara yang melanda beberapa negara itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat.“Sedih melihat keadaan masih berlanjutan sampai sekarang dan saya harap saya boleh buat sesuatu. Semoga cepat selesai saja ya. Ia lebih intim dan buat kita lebih kenal semua yang terbabit.CAITLLIN HALDERMANPELAKON INDONESIA“Sebab saya tahu ia memberikan impak besar, maksudnya bukan cuma di Indonesia, tetapi Singapura dan Malaysia juga. Jadi saya harap ia akan selesai segera,” ujarnya.Sementara itu, Caitlin menganggap peluang membintangi drama bersiri Viu, Dia Perempuan Sialan (The Hidden Hand) sebagai rezeki apabila berpeluang bekerjasama dengan produksi Malaysia akhirnya.Katanya, jumlah kru produksi yang lebih kecil berbanding di Indonesia membuatkan dia lebih mudah mengenali dan menjalinkan hubungan baik dengan semua yang terbabit.“Sebelum ini saya pernah menerima tawaran beberapa kali, cuma belum berkesempatan. Kali ini mungkin menjadi rezeki saya.Caitlin pertama kali kembangkan kerjaya lakonan di Malaysia.“Ini adalah kali pertama saya shooting di sini dan saya sukakannya. Saya sukakan orang Malaysia. Ia rasa seperti di negara sendiri, cuma saya di Malaysia bukan Indonesia. Saya pastinya akan kembali ke sini sekiranya ada peluang. "Saya juga sempat terkejut sebab kalau di Indonesia, drama bersiri itu boleh membabitkan beratus-ratus orang. Di sini hanya lebih kurang 20 orang. Ia lebih intim dan buat kita lebih kenal semua yang terbabit,” kongsinya.Selain Caitlin, drama bersiri tersebut turut menampilkan Meerqeen, Hannah Delisha, Datin Seri Umie Aida, Nadia Aqilah, Farah Ahmad dan Amerul Affendi.