BAKAL muncul dengan karya baharu, pengarah dan penerbit Erma Fatima mengakui tajuk drama terbaharunya, Dia Perempuan Sialan kedengaran kasar sehingga membuatkan dia sendiri berasa kurang selesa untuk menyebutnya secara terbuka.Menurut Erma atau Fatimah Rahmad Ali, 58, meskipun tajuk tersebut mungkin menarik perhatian ramai, ia bukan bertujuan mencetuskan kontroversi sebaliknya bersesuaian dengan jalan cerita yang akan diketengahkan nanti. "Tajuk itu memang kasar. Saya pun sebenarnya tak pernah nak sebut. Nak sebut pun saya tak sanggup."Kalau berurusan dengan pasukan produksi, saya akan panggil 'Dia Perempuan' sahaja," katanya kepada mStar.Barisan pelakon dari kiri Meerqeen, Caitlin, Farah Ahmad, Hannah, penulis skrip Jasmina dan Erma.Dalam pada itu, Erma menjelaskan drama tersebut merupakan idea asal daripadanya, namun proses penulisan skrip diserahkan kepada penulis terkenal, Siti Jasmina.Katanya, keputusan itu dibuat kerana dia perlu memberi tumpuan kepada persiapan projek filem lain. Malah, akuinya genre thriller dan seram bukan bidang yang paling dekat dengannya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Erma Fatima sibuk jadi ’mak pengantin’ bakal sambut menantu lelaki sulungARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima berang dituduh burukkan agama... “Setidaknya kami masih fikir untuk selamatkan umat daripada terus sesat”"Saya bukan tulis skrip, itu adalah cerita saya, idea asal. Saya serahkan penulisan itu kepada Siti Jasmina untuk diteruskan."Saya boleh buat jalan cerita sampai habis, tetapi untuk skrip saya serahkan kepada dia. Alhamdulillah, dia dapat menghasilkan dengan baik sekali," ujarnya.Berkongsi mengenai inspirasi di sebalik karya tersebut, Erma menafikan cerita itu mempunyai kaitan dengan pengalaman peribadinya."Tak, bukan daripada pengalaman. Saja nak 'feeling' buat cerita hantu kononnya. Harapan saya cerita ini dapat disiapkan," katanya.Hannah, Caitlin dan Meerqeen pertama kali bekerjasama dengan Erma.Mengulas mengenai kemungkinan drama berkenaan menjadi perhatian ramai seperti beberapa naskhah terdahulunya, Erma berkata elemen kontroversi bukanlah perkara yang menjadi keutamaannya.Menurutnya, orang ramai mungkin lebih tertarik atau terkejut dengan tajuk yang digunakan, namun jalan cerita drama tersebut mempunyai kelainan berbanding karya-karyanya sebelum ini."Kontroversi tak ada kena-mengena. Orang takut pada tajuk saja. Ia berlainan dengan karya-karya saya sebelum ini," jelasnya.Drama Dia Perempuan Sialan turut menampilkan gandingan pertama antara Meerqeen dan Hannah Delisha selain diserikan dengan kehadiran pelakon Indonesia, Caitlin Halderman bakal menemui penonton secara eksklusif menerusi platform Viu bermula September depan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!