suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adipati Dolken gigih belajar dialek bahasa Melayu demi Mojoku Hilang

Adi gigih mempelajari bahasa Malaysia demi Mojoku Hilang!

PELAKON  Indonesia, Adipati Dolken sanggup mempelajari bahasa Malaysia bagi memastikan lakonannya dalam filem Mojoku Hilang! tampil meyakinkan.

Kata Adipati, 34, proses pembelajaran bermula sebaik sahaja dia tiba di Kuala Lumpur pada penghujung November tahun lalu, dengan fokus utama diberikan kepada penguasaan dialek dan sebutan yang tepat.

“Tak lama juga untuk saya belajar berbahasa Malaysia. Saya sampai ke Kuala Lumpur pada akhir November tahun lalu. 

Mojoku Hilang! ditayangkan di pawagam bermula 23 Julai ini.

“Kami (produksi) terus baca skrip dan belajar dialek bahasa Melayu. Saya rasa masalah utama adalah untuk mendapat dialek yang tepat. 

“Sehinggalah saya diberi rating oleh pihak produksi tentang kefasihan bertutur. Contohnya, gaya bahasa saya itu sudah seperti lima tahun menetap di Malaysia,” katanya kepada mStar.

Adipati berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Mojoku Hilang! yang diadakan di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Isnin. 

ARTIKEL BERKAITAN: Lim Siu Min yakin 'Mojoku Hilang' diterima, pasaran sudah tepu filem seram dan aksi

ARTIKEL BERKAITAN:"Dulu bukan isteri orang, sekarang sudah kahwin perlu tanya suami dulu" - Mimi Lana dedah minta izin Syafiq Kyle berkaitan tawaran kerjaya

Dalam pada itu, Adipati turut mendedahkan bahawa penulis skrip filem berkenaan, Honey Ahmad memainkan peranan besar dalam membantunya memahami penggunaan bahasa dan penyampaian dialog mengikut konteks tempatan.

“Saya banyak belajar bahasa Malaysia dengan penulis skrip filem ini sendiri, Honey. Dia selalu duduk di sebelah pengarah sambil pakai headphone

“Kalau sebutan saya ada yang salah, dia akan menegur. Hani sangat membantu saya dalam pemahaman skrip kerana daripada segi bacaan dan ungkapkan dialog itu sangat berbeza,” ujarnya. 

Mojoku Hilang! mengisahkan tentang Adi (lakonan Adipati) seorang pekerja korporat bandar yang bekerja di syarikat produk tenusu Moo Magic Farms. 

Adi dan Mimi (kanan) merupakan teraju utama dalam Mojoku Hilang!

Kehidupan biasanya berubah huru-hara apabila Mojo, seekor lembu maskot yang sangat popular dan viral di media sosial, tiba-tiba hilang dipercayai diculik.

Selain Adi, filem ini turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Mimi Lana, Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman, Namron, Tony Eusoff, Gambit Saifullah, Haeriyanto Hassan, Farah Ahmad dan Seha Monica.

Mojoku Hilang! bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 23 Julai 2026.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain