PENYERTAAN pelakon Amir Ahnaf dalam acara kecergasan Hyrox sebanyak dua sesi di Jakarta pada akhir Jun lalu menjadi perhatian ramai.Berkongsi mengenai perkara itu, Amir atau Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 26, berkata minatnya terhadap sukan bukan sesuatu yang baharu memandangkan dia pernah bergelar atlet ragbi. “Sebenarnya saya bekas pemain ragbi Terengganu, pernah terpilih untuk Sukan Malaysia (Sukma) dan juga barisan pemain Malaysia. Memang dari kecil saya aktif bersukan.Amir semasa menyertai acara Hyrox di Jakarta.“Saya sertai Hyrox sebab dah penat sakit-sakit badan. Jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk kembali sihat. Jadi kekuatan itu datang daripada darah Terengganu," katanya kepada mStar.Menurut Amir, Hyrox bagaimanapun memberikan cabaran berbeza berbanding larian biasa kerana menggabungkan dua perkara yang memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi.“Kalau lari 5 kilometer, kita mungkin bakar sekitar 300 hingga 500 kalori. Tapi satu perlumbaan Hyrox boleh bakar sehingga 1,500 kalori.ARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf sudah pulih daripada gangguan saka, berubat sampai ke Sabah... Sekarang hidup lebih tenangARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf diganggu saka, jejas ibadah dan kacau hubungan cinta“Kalau buat dua sesi, dah lebih kurang 3,000 kalori. Ia macam lari maraton tetapi digabungkan dengan latihan litar,” ujarnya.Dalam pada itu, Amir turut mengulas tanggapan segelintir pihak yang menyifatkan Hyrox sebagai sukan fomo (perasaan takut ketinggalan) atau hanya sesuai untuk golongan berpendapatan tinggi.Jelasnya, setiap orang berhak memilih aktiviti yang diminati tanpa perlu mempedulikan pandangan negatif orang lain.Amir utamakan kesihatan diri.“Bagi saya, sukan adalah tentang pilihan. Kalau itu minat kita, buat sajalah.“Saya dah tak boleh bermain ragbi kerana mengalami kecederaan pada ibu jari, jadi saya ambil inisiatif lain dengan sertai Hyrox.“Orang nak kecam atau cakap ini sukan T20, itu terpulanglah pada mereka. Semua hak masing-masing, guna duit sendiri. Yang penting kita fokus pada kesihatan,” kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube