NAMPAKNYA ramai peminat ingin mengetahui perkembangan keadaan pelakon Amir Ahnaf yang sebelum ini berkongsi mengenai gangguan saka yang dialami sejak beberapa tahun lalu.Berkongsi situasi terkini, Amir atau Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 26, memberitahu dia sudah pulih sepenuhnya selepas mendapatkan rawatan di Sabah pada tahun lalu. "Saya bersyukur dah sihat sikit nak dibandingkan dengan dua tahun lepas. Amir lebih tenang selepas terima rawatan."Dah habis buang tahun lepas sebenarnya. Saya pergi Sabah dan pergi bersihkan dekat Tawau," katanya kepada mStar.Amir berkongsi perkara itu ketika ditemui di Sidang Media filem Tarung : Unforgiven yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Isnin.Bercerita pengalamannya ketika menerima gangguan makhluk halus itu, Amir memberitahu dia sering menyimpan perasaan benci terhadap orang sekeliling dan kurang gemar bersosial.ARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf diganggu saka, jejas ibadah dan kacau hubungan cintaARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf bantu keluarga hasil kerjaya seni, tak halang adik mahu jadi artisNamun kini selepas menerima rawatan, keadaan berbeza apabila dia berasa lebih tenang berdepan apa jua situasi."Saya tak nak jumpa orang, suka bersendiri dan benci orang. Kalau orang buat jahat dengan saya, saya lagi buat jahat dekat orang. "Sekarang dah tenang sikit," kongsinya. Atas kepercayaan orang nak percaya atau tak.AMIR AHNAFPELAKONMenyedari perkongsian kisah mistik itu turut mengundang respons negatif penonton, Amir berkata dia tidak memaksa orang ramai untuk mempercayai cerita yang disampaikan.Niatnya berkongsi dalam podcast berkenaan hanyalah untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai dunia ghaib."Atas kepercayaan orang nak percaya atau tak itu bukan atas aksi dan tanggungjawab saya. Pendedahan Amir sebelum ini menjadi perhatian ramai."Saya kongsikan saja supaya orang ada kesedaraan tentang situasi tersebut, itu saja niat saya," kongisnya.Sebelum ini, Amir dalam satu temubual podcast berkongsi dirinya berdepan gangguan saka sehingga memberi kesan besar terhadap ibadah serta hubungan percintaan.Ia bukan sahaja mengganggu emosi, malah seolah-olah menghalang usahanya untuk menjalinkan hubungan serius.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!