PELAKON Ezzanie Jasny meluahkan rasa bimbang mengenai masa depannya kerana masih belum mendirikan rumah tangga walaupun sudah berusia 27 tahun.Ezzanie berkata, pada usia tersebut dia masih belum mempunyai pasangan hidup sekali gus menimbulkan perasaan bimbang dalam dirinya. “Pada usia 27, belum ada pasangan dan saya sendiri pun tak begitu pasti macam mana masa depan saya.Ezzanie kongsi kebimbangan di hati.“Kebanyakan hari saya rasa okey, ikut sahaja rentak hidup sendiri. Tapi kadang-kadang perkara kecil pun boleh jadi trigger,” luahnya menerusi Threads.Seperti wanita lain, Ezzanie berkata dia juga mengimpikan kehidupan berumah tangga dan memiliki keluarga bahagia.Namun, dia mengakui bimbang sekiranya impian tersebut bukan tertulis buat dirinya.ARTIKEL BERKAITAN: Ezzanie Jasny tepis dakwaan bersikap sombong, mohon maaf kalau ada salah fahamARTIKEL BERKAITAN: Masih trauma selepas kemalangan, Ezzanie Jasny fobia pandu kereta“Bila nampak pasangan lain bahagia, sama-sama bina kehidupan, perasaan itu datang semula… sebab itu memang sesuatu yang saya selalu impikan juga.“Jauh di sudut hati, saya masih menginginkan perkara itu untuk mencintai dan dicintai, memiliki sesuatu yang benar-benar bermakna. Cuma saya tak tahu sama ada itu memang ditakdirkan untuk saya atau tidak,” jelasnya.Tambah Ezzanie, dia sebelum ini pernah meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia awal 20-an, namun perancangan tersebut tidak menjadi kenyataan.Ezzanie impi hidup berumah tangga.“Dulu masa dengan bekas kekasih, kami rancang nak kahwin umur 22 atau 23, tapi tak jadi, jadi tak apalah.“Lepas itu letak sasaran umur 25, sekarang saya dah 27. Dalam diam memang rasa risau juga,” katanya.Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata tampil memberi kata semangat buat dirinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!