suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ezzanie Jasny tepis dakwaan bersikap sombong, mohon maaf kalau ada salah faham

Ezzanie sedaya upaya melayani peminat dengan baik.

KONTROVERSI melibatkan topik 'artis sombong' semakin hangat diperkatakan di media sosial dan kali ini nama pelakon Ezzanie Jasny turut menjadi perhatian. 

Menafikan dakwaan tersebut, Ezzanie atau Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 26, menjelaskan bahawa sepanjang penglibatannya dalam industri seni, dia tidak pernah menolak permintaan peminat untuk bergambar atau berinteraksi.

"Saya sombong? Selama saya dalam industri ini, saya tak pernah saya 'No' bila orang ajak bergambar atau bersembang. 

Penjelasan Ezzanie yang dimuat naik di Threads miliknya.

"Saya juga manusia biasa macam kalian. Kita semua melalui hari-hari yang kadang-kadang naik turun macam rollercoaster," katanya. 

Ezzanie berkongsi penjelasan itu sebagai respons terhadap dakwaan seorang pengguna Threads yang mengaitkan namanya dalam senarai artis yang dikatakan bersikap sombong. 

Dalam pada itu, Ezzanie menjelaskan sikapnya yang kadangkala kelihatan pendiam mungkin disalah tafsir oleh segelintir pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun palsu fitnah agama Ezzanie Jasny, keluarga terima ugutan

ARTIKEL BERKAITAN: Masih trauma selepas kemalangan, Ezzanie Jasny fobia pandu kereta

"Kadang-kadang kalau nampak saya diam atau tak banyak bercakap, mungkin saya penat atau tengah fokus. 

"Bukan sombong, saya sentiasa menghargai semua yang datang menegur dan menyokong saya. Kalau ada salah faham, saya minta maaf ya," ujarnya. 

 

Sebelum ini, seorang pengguna Threads mendakwa terdapat segelintir selebriti termasuk Ezzanie yang dikatakan bersikap ‘acah sombong’.

"Saya rasa dalam dunia industri ini ramai saja yang acah sombong, Bukan saja MF, tetapi Ezzanie pun sama saja," tulisnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain