SERING menjadi individu terawal yang menghulurkan bantuan kepada rakan artis, pelakon dan pengacara Didie Alias menegaskan segala usahanya itu bukanlah bertujuan untuk mengejar sebarang jawatan dalam persatuan seni.Didie atau Fadzilah Mohd Ali, 54, berkata niatnya hanyalah didorong oleh rasa tanggungjawab dan empati memandangkan dia amat memahami kehidupan rakan seperjuangan. "Saya buat semua ini bukan demi jawatan, tapi siapa sahaja rakan artis yang memerlukan dan dalam kesusahan, saya akan usaha untuk membantu mereka.Amyza merupakan rakan artis yang Didie pernah bantu. "Saya pun tak tahu bila tiba masa saya pula susah nanti. Saya juga ada rasa simpati yang kuat kerana sebagai anak seni, kita pun tahu keadaan kehidupan kawan-kawan kita macam mana. Kalau kita nak cerita pada masyarakat, mungkin mereka hanya boleh dengar," katanya kepada mStar.Didie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Next Level anjuran mStar, Suria dan Kuali di Saloma Bistro, Kuala Lumpur. Mengulas lanjut, Didie memberitahu ada kalanya bantuan tersebut datang daripada rakan-rakan usahawan yang mempercayainya untuk menjadi perantara bagi menyampaikan sumbangan.ARTIKEL BERKAITAN: Bukan kejar jawatan presiden, Didie Alias bantu ikhlas daripada hati... “Saya pernah susah, tak mahu orang lain lalui nasib sama”ARTIKEL BERKAITAN: Usia 54 masih 'free hair'... Didie Alias malas layan suara netizen, anggap perubahan dengan izin Allah"Semua ini berlaku secara tiba-tiba sebab saya juga ada rakan usahawan, jadi kadang-kadang mereka juga bertanyakan mahu sedekah dan bantu rakan artis."Selalunya, bila dapat sahaja berita artis yang sakit dan dalam kesusahan, saya akan pastikan kesahihan berita itu dulu sebelum teruskan bantuan. Saya juga anggap apa yang dilakukan ini semuanya adalah aturan dari Tuhan yang sudah susun semuanya," ujarnya.Sebelum ini, nama Didie sering disebut-sebut sebagai calon yang layak untuk menerajui kepimpinan persatuan seni tanah air ekoran sikap keprihatinannya yang sangat menonjol.Ia susulan tindakan pantasnya melawat dan mengumpul dana untuk artis veteran mahupun bintang yang sedang sakit.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!