MENJALANI penggambaran dalam sebuah set berskala besar, filem terbaharu berjudul Hunter 11: The Awaken bakal menjanjikan babak aksi berintensiti tinggi yang jarang disaksikan dalam naskhah tempatan.Biarpun semuanya dilakukan dalam studio di Iskandar Studios, Johor Bahru, Johor, namun karya terbitan FXHAMMER Films Sdn. Bhd. ini memperincikan setiap sudut agar kelihatan nyata. Antaranya adalah pembinaan set hospital di pentas utama studio yang bakal menjadi lokasi utama bagi babak pertempuran jarak dekat.Suasana di set turut diperkukuh dengan elemen ketenteraan apabila kenderaan taktikal Mildef Ribat dipamerkan, sekali gus memberikan gambaran lebih realistik terhadap naratif filem ini.Kenderaan taktikal Mildef Ribat (kiri) turut dipamerkan sewaktu sidang media berlangsung.Gabungan pelakon tempatan dan luar negara juga menjadikan karya ini lebih istimewa.Bahkan, ia dijangka bakal mendapat sambutan baik dalam kalangan peminat filem tempatan selain pasaran antarabangsa.Antara barisan pelakon yang terlibat ialah Shi Yan Neng, Sky Iskandar, Yayan Ruhian, Hana Malasan, Peter Davis dan Nina Kho.Hunter 11: The Awaken turut dibintangi oleh Nia Atasha, Ariel Izz, Chai Zi, Wan Serigala, Sangeetha dan Amanda Ang.ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia peruntuk RM300 juta untuk rebat filem, sasar jadi hab penggambaran utama Asia TenggaraARTIKEL BERKAITAN: Ratu cantik tak peduli badan lebam, Sandra Lim berani buat babak aksiMengangkat latar geopolitik Asia Tenggara, Hunter 11: The Awaken menjanjikan jalan cerita sarat misteri yang mengisahkan kehilangan beberapa anggota elit operasi khas yang membawa kepada pendedahan sebuah organisasi teknologi canggih yang beroperasi di luar negara.Konflik semakin memuncak apabila dua watak utama dibelenggu masa silam dan dendam, sebelum berdepan kuasa misteri yang mampu mengubah landskap masa depan teknologi manusia.Filem yang diarahkan oleh Frank See ini dijangka menemui penonton menerusi edaran rasmi oleh GSC Movies.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!