suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ratu cantik tak peduli badan lebam, Sandra Lim berani buat babak aksi

PELAKON dan ratu cantik Malaysia, Sandra Lim menyangkal dakwaan kononnya dia menggunakan pelakon ganti atau ‘stunt double’ dalam filem aksi terbaharu lakonannya, Gayong 2.

Menurut Sandra, 26, dia tidak pernah menggunakan khidmat pelakon ganti kerana mahu setiap babak aksi yang dipersembahkan kelihatan lebih asli dan menyakinkan.

“Ada yang tanya saya guna ‘stunt double’ ke? Tak pernah! Saya takkan sesekali pakai pelakon ganti untuk aksi yang perlu saya lakukan sendiri.

“Bagi saya, berlakon dalam filem aksi adalah untuk melihat sejauh mana kemampuan diri,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Sandra mengakui kecederaan kecil seperti lebam pada badan adalah perkara biasa bagi pelakon yang terlibat dalam naskhah aksi.

Malah, dia mendedahkan ada kalanya perkara di sebalik tabir tidak diketahui umum, termasuk dirinya yang terpaksa mendapatkan rawatan di hospital secara bersendirian.

“Lebam pada badan itu normal dan saya tidak anggap ia sebagai kecederaan serius.

“Sebenarnya, saya dan pelakon aksi lain jarang berkongsi apa yang berlaku di belakang tabir. Ada masanya saya ke hospital seorang diri untuk mendapatkan rawatan dan itu sebahagian daripada ‘pakej’ sebagai pelakon aksi, jadi tidak boleh mengadu.

“Bagi saya, kalau nak buat filem aksi, jangan tipu, kena buat betul-betul,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi