suria

Bukan sebab tiada ‘job’, Ammar Titan memang suka pergi uji bakat... “Pelakon Iron Man pun datang casting”

PELAKON Azizul Ammar menolak pandangan segelintir pihak yang menganggap kehadiran seseorang artis mencuba nasib mengikuti sesi uji bakat (casting) sebagai tanda tiada pekerjaan atau semakin tenggelam dalam industri.

Menurut Ammar atau Azizul Ammar Abu Hassan,39, proses uji bakat sebenarnya merupakan kaedah terbaik untuk menilai kredibiliti serta kesesuaian seseorang pelakon terhadap watak yang bakal ditawarkan.

“Mungkin ada yang skeptikal kerana tidak memahami bahawa proses casting dilakukan secara menyeluruh. Perlu diketahui, Robert Downey Jr. sendiri perlu melalui sesi casting di hadapan Jon Favreau untuk mendapatkan watak Iron Man.

“Setiap watak yang melalui kaedah casting adalah cara terbaik untuk menilai kredibiliti dan kesesuaian seseorang pelakon,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ammar mengakui terdapat situasi kurang menyenangkan apabila pelakon hadir ke sesi uji bakat, namun pihak produksi sebenarnya sudah mempunyai pilihan lain.

Bagaimanapun dia memahami keadaan itu sebagai sebahagian daripada realiti industri hiburan yang berteraskan perniagaan.

“Cuma, yang kurang menyenangkan ialah apabila seseorang hadir ke sesi casting, tetapi rupa-rupanya dalam perancangan sudah ada nama orang lain.

“Namun, ini bukan hak kita untuk bersuara lebih. Industri ini adalah sebuah perniagaan hiburan dan kita hanya mampu menyampaikan suara kecil sahaja,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi