suria

Jadi inspirasi buat pelakon muda, Beto Kusyairy luah rasa syukur

PELAKON Beto Kusyairy meluahkan rasa syukur apabila ramai bakat baru mengidolakan dirinya dalam industri seni tanah air.

Menurut Beto atau Nur Kusyairy Zakuan Osman, 46, dia tidak pernah meminta penghormatan itu, sebaliknya menganggap sebagai satu inspirasi buat generasi baharu.

"Saya tak boleh nak kata apa fasal perkara itu sebab bukan datang daripada saya. Mereka yang mengidolakan.

"Saya anggap kalau benda itu memberi inspirasi buat diri mereka untuk hasilkan karya lebih baik, teruskan. Alhamdulillah, saya bersyukur," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Beto turut meluahkan rasa teruja kerana filem terbaharu lakonannya, Gayong 2 bakal menemui penonton pada 9 April ini.

Selain Beto, filem aksi itu turut dibarisi pelakon popular lain seperti Nabila Huda, Syafie Naswip, Hanna Aqeela, Fauzie Laily, Sandra Lim, dan Bobby Tonelli.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi