suria

[V] Dua kali lafaz cerai luar mahkamah, Aslam dan Marissa kembali rujuk bulan sama… Proses pengesahan rumit kerana tiada sijil nikah asli

SUAMI kepada pempengaruh Marissa Dania Hakim iaitu Ahmad Aslam dilaporkan pernah melafazkan cerai terhadap isterinya itu di luar mahkamah pada September 2024 dan Jun 2025. 

Marissa, 21, dan Aslam bagaimanapun dikatakan kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri dalam bulan sama ketika kedua-dua lafaz tersebut dibuat. 

Perkara tersebut disahkan oleh peguam syarie kepada Aslam iaitu Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur  pada Isnin bagi prosedur tuntutan pengesahan lafaz cerai dan permohonan pengesahan rujuk pasangan berkenaan. 

Aslam dan Marissa ketika berada di perkarangan mahkamah bagi permohonan untuk pengesahan cerai dan rujuk mereka.

“Apabila disebut pengesahan, maka sudah ada lafaz cerai dan rujuk. Sama ada lafaz tersebut sah atau tidak, mahkamah akan putuskan,” katanya kepada mStar. 

Permohonan untuk pengesahan cerai dan rujuk itu dibuat oleh Aslam atau Ahmad Aslam Saifun Kasyfun Nazir Rasyid, 27, pada 10 Mac lalu. 

Kedua-dua mereka juga hadir di mahkamah sekitar pukul 11.03 pagi bagi prosesur berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lebih setahun berpoligami, akhirnya mahkamah sahkan status nikah Marissa dan Aslam di Songkhla

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Abby Abadi tak nak campur hal rumah tangga Marissa dan Aslam, tengok sahaja apa jadi

Sementara itu ditanya tentang status hubungan pasangan tersebut, Ammar Yaser memberitahu pihaknya telah memberi nasihat yang wajar dalam rumah tangga. 

“Nasihat saya kalau nak nikah, laksanakan secara betul,” ujarnya. 

Menurut peguam itu lagi, proses permohonan yang dibuat oleh pasangan tersebut juga dilakukan tanpa sijil pernikahan selepas perkahwinan mereka di Songkhla, Thailand pada 2023.

Ammar Yaser akan cuba selesaikan isu sijil nikah anak guamnya dengan segera.

“Mahkamah telah sahkan perkahwinan mereka, tapi sijil nikah asli belum keluar lagi sebab masih ada beberapa prosedur dan perbicaraan yang perlu dilalui. 

“Jadi untuk permohonan lafaz dan rujuk kali ini agak rumit kerana belum ada sijil nikah. Segala prosedur diteruskan dengan salinan asal sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam. Pihak saya akan cuba selesaikan segera,” ujarnya.

Untuk rekod Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sebagai isteri kedua.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain