suria

Isu dua kali lafaz cerai dan rujuk, Abby Abadi titip nasihat buat Marissa... "Kesilapan bukan makna adik gagal"

Abby Abadi titip kata-kata semangat buat Marissa.

PELAKON Abby Abadi tampil memberi kata-kata semangat buat anaknya, Marissa Dania Hakim susulan isu rumah tangga yang menjadi perhatian selepas didakwa pernah berlaku lafaz cerai dan rujuk sebanyak dua kali antara dia dan suaminya, Ahmad Aslam.

Menerusi satu luahan, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, menasihatkan Marissa agar tidak terlalu tertekan dengan situasi yang dilalui, sebaliknya mengambil masa untuk menenangkan diri dan menghargai kehidupan.

“Pusing-pusing dulu lihat keindahan bumi ciptaan Allah ini. Bagi peluang untuk diri berasa nikmat kehidupan yang Allah anugerahkan,” katanya.

Abby berharap anaknya terus belajar erti kehidupan sebenar. 

Dalam pada itu, Abby turut mengingatkan anaknya supaya terus belajar memahami erti kehidupan tanpa terikut-ikut dengan orang lain.

“Kalau hari ini Adik belum faham erti hidup, tidak mengapa. Yang penting terus belajar. Jangan buat sesuatu sebab ramai buat, tapi buat bila sesuatu itu memberi ‘nilai’ untuk hidup adik.

“Nilai hidup bukan pada siapa paling hebat, tapi pada jiwa dan hati yang tenang,” ujarnya.

Tambah Abby, sebagai seorang ibu dia percaya setiap kesilapan yang berlaku adalah sebahagian daripada proses untuk menjadi insan lebih matang.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dua kali lafaz cerai luar mahkamah, Aslam dan Marissa kembali rujuk bulan sama… Proses pengesahan rumit kerana tiada sijil nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi tak halang anak kahwin muda, kongsi nasihat rumah tangga

"Nasihat mama adik baru 20 tahun. Kesilapan itu bukan makna adik gagal. Itu tanda sedang belajar jadi manusia yang lebih baik dan matang. anak mama kuat,” katanya.

Sebelum ini pasangan Marissa dan Ahmad Aslam hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi proses pengesahan lafaz cerai dan rujuk.

Peguam syarie mewakili Ahmad Aslam iaitu Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri berkata, anak guamnya memfailkan permohonan tersebut pada 10 Mac lalu.

Menurutnya, Ahmad Aslam, 27, didakwa pernah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali iaitu pada September 2024 dan April tahun lalu sebelum pasangan itu kembali rujuk dalam tempoh berasingan.

 

Artikel Lain