suria

Fyna Jebat dedah anak kurang kasih sayang, dakwa penat 'cover' demi jaga hati isteri pertama

Fyna buat pendedahan demi anaknya.

MENGAMBIL keputusan mendedahkan status sebenar, penyanyi Fyna Jebat menjelaskan perkara tersebut dibuat hanya bertujuan untuk perjuangkan hak buat anak perempuannya.

Dakwa Fyna atau Nur Shafinaz Jebat, 31, anak mereka yang diberi nama Puteri tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya daripada bapa, Datuk Zainal Abidin Hassan. 

"Keputusan untuk dedahkan semua ini dibuat selepas dah tak mampu nak bertahan. Cukuplah selama empat tahun (disimpan) dan anak saya pula nak masuk usia dua tahun. 

"Takkan nak tunggu sampai dia sekolah? Dan orang masih tidak tahu siapa bapa sebenarnya? Kesianlah kepada anak saya nanti. 

Fyna mahu anak mendapat kasih sayang yang secukupnya. 

"Saya mahu anak saya dapat kasih sayang yang secukupnya daripada seorang bapa," katanya ketika dihubungi mStar. 

Jelas Fyna, sepanjang dua tahun Puteri dilahirkan, Zainal  didakwa tidak pernah bermalam atau meluangkan masa berkualiti dengan anak mereka. 

"Dia bukan tidak pernah jumpa Puteri selama ini. Pernah sahaja. Tapi hanya sekadar berjumpa. Kalau nak kata tidur bersama itu, memang tidak pernah. 

"Saya mahu Puteri dapatkan kasih sayang daripada seorang bapa yang secukupnya," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak mahu sorok status perkahwinan, luahan ‘disimpan’ empat tahun ditujukan kepada Zainal Abidin... “Isteri pertama tak tahu kami masih bersama”

ARTIKEL BERKAITAN: Minta secara baik tak jalan, Fyna Jebat sudah fail cerai terhadap Zainal Abidin ... "Dah lama saya digantung" 

Bukan itu sahaja, Fyna turut meluahkan rasa terkilan apabila dia terpaksa menyembunyikan identiti anaknya di media sosial semata-mata mahu menjaga keharmonian rumah tangga pertama suaminya itu.

Katanya, dia berasa sedih apabila terpaksa hidup dalam kepura-puraan sehingga tidak dapat berkongsi momen bermakna bersama Puteri kepada umum.

"Saya nak letak gambar di media sosial pun tidak boleh sebab mahu jaga hati dia. Nak kena 'cover' untuk dia semata-mata demi keharmonian rumah tangga sebelah sana. 

"Sedih sebenarnya apabila keadaan jadi macam ini," katanya. 

Fyna dan Zainal Abidin mempunyai seorang anak perempuan. 

Sebelum ini mStar melaporkan pendedahan berani Fyna yang mendakwa dirinya 'disimpan' selama empat tahun sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs) pada Rabu, Fyna meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan melampau seorang individu dan mengesahkan dia merujuk kepada suaminya sendiri. 

Untuk rekod, Fyna mendirikan rumah tangga dengan Zainal Abidin pada tahun 2023 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Puteri yang kini hampir berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain