ISTERI kepada penyanyi Azmirul Hafiz dikenali Liza mendedahkan dia telah memfailkan perceraian terhadap suaminya yang didakwa curang dengan wanita lain. Liza, 39, berkata, dia telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Rembau, Negeri Sembilan pada Selasa bagi urusan berkenaan, namun tidak dapat meneruskan proses tersebut kerana masih dalam tempoh cuti perayaan. Kata Liza, dia tidak dapat menerima alasan Azmirul yang mendakwa dia tidak pulang ke rumah selama empat hari. "Semalam (Selasa) saya pergi ke mahkamah tetapi pejabat masih cuti raya. Jadi saya ambil imbasan QR saja sebab sekarang ini nak fail cerai boleh isi borang secara online. Azmirul sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan di media sosial."Kenyataan Azmirul kononnya nak sakitkan hati saya adalah alasan yang tak masuk akal. Sebenarnya empat hari tak balik rumah itu dia (suami), bukannya saya. "Rumah ini milik saya, atas nama saya. Memang kalau ada apa-apa masalah dia yang akan keluar dari rumah," katanya ketika dihubungi mStar. Mengulas mengenai kejadian yang berlaku di Uptown, Liza berkata dia langsung tidak mengetahui kehadiran suaminya di lokasi tersebut sebelum terserempak secara kebetulan."Waktu di Uptown itu saya tak tahu pun mereka ada di situ. Mungkin Allah nak jentik hati saya untuk pergi ke tempat itu. ARTIKEL BERKAITAN: Azmirul Hafiz sengaja rancang curang, mahu sakitkan hati isteri… “Saya nak tahu sama ada dia masih sayang atau tidak”ARTIKEL BERKAITAN: Azmirul Hafiz mengaku jumpa bekas kekasih, minta tolong untuk pulihkan hubungan… “Dah lama tidak berjumpa lepas isteri tak bagi kahwin” "Kalau dia cakap saja nak tarik perhatian saya rasanya tak masuk akal sebab saya pun tak tahu dia ke sana. Alasan itu semua nak lepaskan tengkuk sendiri saja," ujarnya.Dalam pada itu, Liza turut mendakwa hubungan suaminya dengan wanita tersebut bukanlah perkara baharu, malah wanita berkenaan pernah datang berjumpa kira-kira dua bulan lalu untuk meminta izin menjadi isteri kedua."Dua bulan lepas perempuan itu ada datang jumpa saya minta izin nak jadi isteri nombor dua Azmirul. "Saya ada cakap dengan suami kalau dia nak kahwin dengan perempuan itu, pergilah saya tak mahu bermadu. Sebenarnya empat hari tak balik rumah itu dia (suami), bukannya saya. LIZAISTERI AZMIRUL HAFIZ"Suami saya kata kalau nak bercerai dia tak jadi kahwin. Dia cakap dah block perempuan tu tetapi akhirnya kantoi keluar bersama," jelasnya. Sementara itu, Liza memberitahu selepas isu rumah tangganya tular di media sosial, dia menerima pelbagai maklumat daripada orang ramai mengenai pergerakan suaminya khususnya ketika berada di Kuala Lumpur."Selepas kes ini viral, saya banyak dapat informasi mengenai Azmirul ketika dia berada Kuala Lumpur (KL) untuk undangan persembahan. Liza (kanan) tidak menyangka Azmirul sudah lama berlaku curang dengan wanita lain."Ramai dakwa dia selalu bawa perempuan itu ke KL. Dalam masa sama dia bawa perempuan itu pergi konsert, salun dan merata-rata tempat. "Saya terkejut juga sebab benda ni dah lama berlaku tetapi saya saja baru tahu. Kalau saya tak viralkan kes ini orang pun takkan bercerita kepada saya," katanya. Untuk rekod, Liza mendirikan rumah tangga dengan Azmirul pada 2021.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki. Azmirul (kanan) dan Liza berkahwin pada 2021.Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan isteri kepada pemenang tempat ketiga sebuah program realiti nyanyian mengamuk selepas mendapati suaminya itu berlaku curang bersama wanita lain.Menerusi video yang dimuat naik, isteri penyanyi itu dipercayai merakam kejadian tersebut ketika berada di Uptown.Dalam rakaman berkenaan, penyanyi itu dilihat sedang memilih kasut, manakala wanita yang bersamanya hanya duduk menunggu.Bagaimanapun, Azmirul memaklumkan kepada mStar bahawa tindakan tersebut sebenarnya dirancang bagi menguji perasaan isterinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube