suria

Azmirul Hafiz mengaku jumpa bekas kekasih, minta tolong untuk pulihkan hubungan… “Dah lama tidak berjumpa lepas isteri tak bagi kahwin” 

Azmirul mengakui mengenali wanita berkenaan.

PENYANYI Azmirul Hafiz mengakui wanita yang menemani ke sebuah kedai kasut hingga tular video dia diserang isterinya baru-baru ini adalah bekas teman wanitanya. 

Azmirul atau nama penuhnya Muhammad Azmirul Hafiz Azman, 33, berkata, dia pernah memberitahu isterinya, Lizawati Zainal mengenai hasrat untuk mengahwini wanita berkenaan, namun tidak mendapat keizinan.

“Sebelum ini saya memang ada hubungan dengan perempuan itu. Saya juga ada beritahu isteri yang saya mahu kenal lebih rapat, namun tidak diizinkan.

Azmirul pernah merancang untuk berkahwin dengan wanita berkenaan. 

“Saya kenal wanita itu semasa saya sudah berkahwin. Disebabkan rasa serba salah, saya beritahu isteri, namun dia tidak bagi saya berkahwin lain,” katanya kepada mStar.

Jelas Azmirul, dia akur dengan keputusan isterinya dan memilih untuk tidak lagi berhubung dengan wanita berkenaan.

Bagaimanapun, dia mengakui kembali menghubungi wanita tersebut dan membawanya keluar ke ‘Uptown’ hanya untuk menguji perasaan isterinya terhadap dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmirul Hafiz sengaja rancang curang, mahu sakitkan hati isteri… “Saya nak tahu sama ada dia masih sayang atau tidak”

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas peserta program realiti nyanyian didakwa curang, kantoi kena ‘tangkap’ dengan isteri

“Saya sudah lama tidak menghubungi wanita berkenaan selepas isteri tidak bagi kahwin. Sejak hari itu kami memang sudah tidak ada apa-apa.

“Tapi saya kembali menghubunginya sebab untuk dapatkan perhatian isteri sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan isteri kepada pemenang tempat ketiga sebuah program realiti nyanyian mengamuk selepas mendapati suaminya itu berlaku curang bersama wanita lain.

Azmirul mengakui masih sayang terhadap isterinya. 

Menerusi video yang dimuat naik, isteri penyanyi itu dipercayai merakam kejadian tersebut ketika berada di Uptown.

Dalam rakaman berkenaan, penyanyi itu dilihat sedang memilih kasut, manakala wanita yang bersamanya hanya duduk menunggu.

Bagaimanapun, Azmirul memaklumkan kepada mStar bahawa tindakan tersebut sebenarnya dirancang bagi menguji perasaan isterinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain