PASANGAN selebriti, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana sekali lagi mencuri perhatian apabila didakwa tidak menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama sekali gus menguatkan spekulasi rumah tangga mereka sedang bergolak.Menurut sumber, pasangan berkenaan dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung, namun kedua-duanya memilih untuk tidak berkongsi perkara itu secara terbuka kepada umum. “Saya dengar mereka sudah lama tidak tinggal bersama dan sebab itu tahun ini masing-masing sambut raya dengan keluarga sendiri.Masing-masing beraya bersama keluarga sendiri. “Hubungan mereka dikatakan agak dingin sejak kebelakangan ini, tapi saya tak boleh nak ceritakan punca masalah yang dihadapi,” kata sumber kepada mStar.Spekulasi tersebut mula diperkatakan selepas Zizi dan Yusuf memuat naik gambar sambutan 1 Syawal di media sosial masing-masing tanpa kehadiran pasangan di sisi.Yusuf atau nama sebenarnya Mohd Yusuf Bahrin dilihat berkongsi foto bersama ahli keluarganya dengan kapsyen ringkas yang mengundang tanda tanya dalam kalangan pengikut.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Yusuf Bahrin jawab spekulasi rumah tangga dengan Zizi Kirana bergolak... “Saya minta doakan yang baik-baik saja”ARTIKEL BERKAITAN: Tak pakai baju raya sedondon... Yusuf Bahrin, Zizi Kirana lebih selesa pilih gaya sendiriDalam masa sama, Zizi pula memuat naik gambar bersendirian ketika menyambut Aidilfitri, sekali gus membuatkan peminat tertanya-tanya mengenai keadaan rumah tangga mereka.Sehingga kini, kedua-dua mereka masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada September 2021. Sehingga kini, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube