suria

Tak pakai baju raya sedondon... Yusuf Bahrin, Zizi Kirana lebih selesa pilih gaya sendiri

Yusuf (kanan) dan Zizi tidak menggayakan busana sedondon di pagi raya.

PASANGAN selebritiYusuf Bahrin dan Zizi Kirana memilih untuk tidak menggayakan pakaian sedondon setiap kali menyambut Aidilfitri. 

Yusuf atau Muhammad Yusuf Bahrin, 34, berkata mereka hanya memakai pakaian sedondon pada tahun pertama perkahwinan, manakala selepas itu masing-masing lebih selesa memilih warna dan gaya sendiri. 

"Kami tidak memakai pakaian sedondon pada hari raya. Tahun pertama perkahwinan saja sedondon, selepas itu tidak lagi.

"Kadang-kadang ada warna yang kita nak pakai, dia (Zizi) tak mahu pula. Jadi tak mengapalah.

Yusuf (kiri) dan Zizi lebih selesa memilih warna sendiri untuk baju raya mereka.

Yusuf (kiri) dan Zizi lebih selesa memilih warna sendiri untuk baju raya mereka.

"Keluarga saya di kampung pun memang tidak mengenakan pakaian raya sedondon. Ada waktu kami bergaya sedondon bila pergi majlis perkahwinan. Itu saja dan bukannya untuk hari raya," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Yusuf turut berkongsi mengenai pertanyaan orang ramai berkaitan soal zuriat lebih-lebih lagi ketika berhari raya. 

Kata aktor berkenaan, pada awal perkahwinan ramai yang sering bertanya mengenai perancangan mereka untuk menimang cahaya mata, namun kini soalan tersebut semakin berkurangan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Yusuf Bahrin jawab spekulasi rumah tangga dengan Zizi Kirana bergolak... “Saya minta doakan yang baik-baik saja”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kejutannya saya balik” - Zizi Kirana tak mahu heboh kisah rumah tangga bersama Yusuf Bahrin

"Saya rasa orang dah mula faham sebab perkahwinan kami pun sudah hampir lima tahun. Awal-awal dulu adalah orang bertanya bila nak dapat anak. 

"Tapi bila masuk tahun kelima, orang pun dah penat. Bertanya itu bagus, tapi bila berkali-kali (tanya) dah jadi benda lain. 

"Kita tak mahu hadap benda-benda macam itu (soalan anak). Kami okay saja dan kalau boleh tak nak jawab benda-benda macam itu sangat. Orang pun faham, tak mengapalah rezeki masing-masing,” ujarnya.

Mengulas mengenai persiapan Aidilfitri tahun ini, Yusuf berkata dia dan keluarga menyambutnya secara sederhana memandangkan jadual kerjanya yang padat dengan penggambaran drama.

"Persiapan raya tahun ini sederhana sahaja kerana saya hanya bercuti pada hari raya pertama. 

Yusuf meraikan Aidilfitri secara sederhana kerana sibuk dengan komitmen kerja.

Yusuf meraikan Aidilfitri secara sederhana kerana sibuk dengan komitmen kerja.

"Saya masih lagi terikat dengan penggambaran drama sehingga April ini," katanya. 

Untuk rekod, Yusuf mendirikan rumah tangga dengan Zizi pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan All Together Now Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain