suria

“Kembali ke zaman bujang, raya pun tak rasa teruja macam dulu” - Kamal Adli

Syawal pertama Kamal tidak dapat bersama Hawra.

PELAKON Kamal Adli mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini terasa berbeza selepas melalui fasa perpisahan bersama bekas isterinya, Uqasha Senrose. 

Menurut Kamal, 40, dia kini kembali menjalani kehidupan seperti zaman bujang dan lebih memberi tumpuan kepada diri sendiri serta anaknya, Hawra Uqaira.

"Selepas bercerai ini, saya kembali ke zaman bujang. Hanya fikir tentang diri sendiri dan juga anak sahaja.

"Raya kali ini pun saya tak teruja seperti sebelum ini. Tapi saya ada tempah empat baju raya untuk Hawra.

Kamal dan Uqasha sah bercerai pada 12 Januari lalu. 

"Tahun ini Hawra beraya di belah ibunya. Saya tidak ada masalah mengenai perkara itu," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Kamal berkata sambutan raya kali ini juga berbeza memandangkan kesemua keluarganya merancang untuk berkumpul di Pahang.

"Untuk raya tahun ini memang lain dan berbeza bagi saya. Sepatutnya tahun ini semua menantu berkumpul di Pahang, tapi malangnya saya tidak. Jadinya, saya tidur bilik bujang sahajalah.

"Walaupun saya berseorangan, tapi saya ada baju raya. Tidaklah terlalu sunyi, baju itu sebab ditaja," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rakyat’ bising Kamal Adli tak kejut bangun sahur - “Parah bila seorang”

ARTIKEL BERKAITAN: “Walau satu pihak dalam idah, saya tidak cuba nak rapat dengan mana-mana perempuan” - Kamal Adli

Untuk rekod, Kamal pernah mendirikan rumah tangga dengan Uqasha pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. 

Bagaimanapun, pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu. 

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain