suria

Mengorat isteri orang, culas nafkah… Status Sharifah Aleya ditujukan pada siapa?

Hantaran Sharifah Aleya jadi tanda tanya ramai.

PENYAMPAI radio Sharifah Aleya meluahkan rasa marah terhadap sikap seorang lelaki yang didakwa tidak bertanggungjawab terhadap keluarga sehingga mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Menerusi hantaran di Threads, Aleya atau nama sebenarnya Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 44, berkata individu berkenaan seolah-olah tidak mengakui kesalahan sendiri selain tidak bercakap mengikut realiti.

"Kau punya berlagak serupa tidak buat salah, tak lari daripada bayar nafkah, tidak cuba mengayat bini orang. 

Hantaran Sharifah Aleya di Threads miliknya. 

"New chapter of life konon. Macamlah semasa OKD chapter (proses perceraian) kau tidak sibuk melayan perempuan lain. 

"Boss yang kau sibuk kutuk itu, yang cakap suka drama itu, mereka sekarang ini semua dalam senarai orang yang saya suka sekarang ini sebabnya mereka tahu yang kau tak boleh dipercayai. Selamat Hari Raya," katanya pada Sabtu. 

Bagaimanapun, Aleya tidak mendedahkan secara terperinci mengenai individu yang dimaksudkan dalam hantaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Aleya sah bercerai, selesai tempoh idah

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pun tak marah, Sharifah Aleya abai komen persoal tindik hidung

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan sokongan dan kata semangat buat penyampai radio itu.

"Peluk banyak-banyak Leya!

"Semoga terus kuat Aleya. Salam Aidilfitri untuk awak," kata mereka. 

Aleya umum bercerai dengan bekas suami pada 12 Februari lalu. 

Untuk rekod, pada 12 Februari lalu, Aleya mengumumkan dia kini sah bercerai dengan suaminya Mohammed Azam Abdullah. 

Berkongsi mengenai situasi dirinya, Aleya berkata dia dan anak-anak berada dalam keadaan yang baik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain