SELESA dengan penggayaan subang di bahagian hidung, pengacara Sharifah Aleya memilih untuk mengabaikan komen negatif netizen terhadap dirinya.
Aleya atau Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 43, berkata suami dan ahli keluarganya juga tidak mempersoalkan penampilan itu.
"Mestilah saya pernah dapat komen negatif seperti itu, tapi bertenang ia cuma tindik hidung. Saya tiada sebab buat ini, cuma mahu bertindik.
Aleya hanya suka bertindik.
"Saya menyukainya. Suami saya suka. Ibu bapa saya ada tanya sakit ke tidak. Tetapi mereka okay saja. Ibu saya juga kadang kala memuji subang hidung saya,” katanya.
Aleya berkongsi perkara itu menerusi sesi temubual di Sembang Wanita Xtra yang dimuat naik di saluran YouTube.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Aleya memberitahu dia juga pernah berhasrat untuk menindik kening dan juga lidahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Amani dan Sharifah Aleya berang amalan sekolah ‘spot check’ haid - “Silalah ustazah kalau berani hadap polis”
ARTIKEL BERKAITAN: Nak Suruh Berlakon? Maaf... Tidak! - Sharifah Aleya
Namun niat tersebut terpaksa dilupakan atas beberapa risiko yang enggan ditanggungnya.
"Saya juga mahu bertindik di atas kening dan mulut. Tapi dibahagian kening ini saya perlu pakai saiz yang sesuai jika tidak ia akan terlondeh dan meninggalkan parut.
"Di lidah pula disebabkan saya tidak boleh memakan pedas. Saya ada bertanya mengenai pantang larangnya.
"Mereka kata saya perlu makan makanan yang lembut selama dua minggu. Saya pula seorang yang suka makan pedas. Jadi saya lupakan hasrat itu," kongsinya.
Aleya lupakan hasrat tindik kening dan lidah.
Dalam pada itu, Aleya juga memberitahu dia sentiasa bersikap profesional dan akan bersedia untuk membukanya sekiranya perlu menampilkan diri dalam rancangan televisyen.
"Benda ini boleh dibuka bila-bila masa, kalau diminta untuk buka disebabkan kerja saya okay saja. Tiada masalah!
"Saya faham saja kalau ada yang tidak selesa melihatnya," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube