suria

Remy Ishak puji filem tempatan, rasa macam hidup semula

Perkembangan filem tempatan menyuntik semangat baharu buat Remy.

KEMAJUAN yang ketara dalam industri perfileman tempatan sejak kebelakangan ini telah memberi nafas baharu kepada pelakon Datuk Remy Ishak.

Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 43, berkata dia teruja dengan peningkatan mutu karya yang dihasilkan oleh para pembikin filem tanah air. 

Perkembangan ini bukan sahaja mencetuskan semangat dalam kalangan penggiat seni, malah dia turut yakin ia mampu membawa industri perfileman tempatan ke peringkat antarabangsa.

Remy seronok lihat kemajuan industri perfileman tempatan.

"Saya sangat gembira dan teruja apabila semakin banyak pembikin filem sejak akhir-akhir ini memberikan nafas baru dalam karya mereka.

"Itu adalah satu petanda yang bagus untuk industri perfileman kita. Seperti contoh filem Blood Brothers dan sekarang ini pula Keluang Man. Selepas ini cerita apa pula kan?," katanya kepada mStar.

Tambah dia lagi, perubahan ini secara tidak langsung memberi kesan positif terhadap dirinya sebagai pelakon. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan publisiti murahan, isteri ‘back up’ Remy Ishak tindik hidung

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil imej bertindik hidung, Remy Ishak tak peduli jika dikecam... “Ini cuma sekadar fesyen”

Remy mengakui bahawa perkembangan ini menyuntik semangat baharu dan membuatkan dia lebih bersemangat untuk kekal aktif dalam dunia seni. 

Dia turut berharap agar perkara ini dapat diteruskan dan lebih ramai pembikin filem tempatan tampil dengan karya-karya berkualiti yang mampu mencorakkan masa depan industri perfileman negara.

"Melihat kepada peningkatan ini saya rasa macam hidup semula. Ia buatkan saya rasa semangat nak berlakon. 

"Kalau kita tengok dulunya jalan cerita untuk sesuatu watak itu terhad. Sekarang ini banyak filem yang dihasilkan itu ‘best’," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain