suria

Amir Ahnaf hanya kawan, kongsi video bukan cara Alya Iman promosi drama

Alya dan Amir sudah lama berkawan rapat.

SERING berkongsi video bersama di sosial media, ada yang menganggap pelakon Alya Iman kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama aktor Amir Ahnaf.

Menjelaskan mereka sekadar berkawan, kata Alya atau Nur Alya Iman Azmil, 24, ia juga bukanlah satu gimik untuk mempromosikan drama Pabila Dia Tersenyum (PDT) yang kini sedang ditayangkan di platform Viu.

Baginya setiap hantaran di sosial media adalah sekadar perkongsian momen persahabatan mereka bersama.

Video Alya bersama Amir sering jadi bualan peminat.

"Sebelum drama ini pun ada sahaja kongsi video bersama sebab kami berkawan.

"Tiada niat pun nak buat 'cheap marketing'. Ada momen yang kami seronok bersama dan sengaja kongsi di sosial media," katanya kepada mStar.

Alya ditemui ketika majlis tayangan perdana episod akhir drama PDT yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama kembali disebut sebagai ‘penyondol’, Alya Iman tak mahu lagi kenang masa lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Badan semakin berisi, makanan buat Alya Iman gembira

Dia juga sedar ramai peminat yang mahu mereka serius dalam hubungan kerana dilihat cukup serasi bersama.

Bagaimanapun Alya tidak mahu meletakkan sebarang harapan apabila bercakap soal masa depan.

"Ramai juga yang komen mengharap kami akan bersama. Kami hanya selesa berkawan.

Tiada niat pun nak buat 'cheap marketing'

ALYA IMAN

PELAKON

"Tetapi soal masa depan saya tak tahu bagaimana. Jodoh adalah di tangan Tuhan," ujarnya.  

Tambah pelakon ini, dia selesa bekerjasama dengan Amir dalam drama tersebut.

Alya puji lakonan Amir dalam drama Pabila Dia Tersenyum.

Mula berkawan sejak tiga tahun lalu, mereka tiada sebarang masalah untuk mewujudkan keserasian ketika di lokasi penggambaran.

"Kami pernah bekerja sama sebelum ini dan sudah tiga tahun berkawan rapat. Tidak perlu berlebihan untuk hidupkan babak bersama.

"Amir seorang pelakon yang berbeza. Dia berkongsi semangat untuk jadikan setiap babak seperti kisah benar," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain