suria

Putri Dahlia hanya pendengar setia, tak campur masalah rumah tangga Nora Ariffin

Putri (kiri) mahukan ibunya sentiasa gembira.

ANAK penyanyi Datuk Nora Ariffin  menyerahkan kepada ibunya membuat keputusan berhubung perkahwinan dengan Dr Rushdi Ramli.

Putri Dahlia, 21, berkata, dia tumpang gembira jika ibunya dapat mencari ketenangan seperti dimahukan.

“Saya hanya nak ibu buat pilihan yang boleh buatkan dirinya gembira dan tenang. Saya hanya mahu ibu merasai ketenangan itu.

“Sekarang ini apa-apa saya percaya ibu pasti ada sebab tersendiri. Apa sahaja buat dia gembira, saya akan gembira,” katanya kepada mStar.

Putri menyokong keputusan terbaik buat ibunya.

Putri berkongsi perkara itu ketika ditemui pelancaran muzik video lagu Aku Ada bersama Zaki Yamani yang berlangsung di Puchong Selangor pada petang Jumaat.

Dia yang merupakan anak ketiga hasil perkahwinan Nora bersama Allahyarham Johan Nawawi memberitahu dia memang rapat sengan ibunya. 

Malah dia juga peneman dan pendengar setia setiap kali ibunya memerlukan tempat meluahkan perasaan.

"Saya kadang-kadang boleh dianggap ‘pakar terapi’ di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin ‘sound’ stalker sibuk ambil tahu hal rumah tangga, nasihat jaga suami sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Nora reda jika diceraikan, tak mahu lagi hidup dalam persekitaran toksik

“Kadang-kadang ibu pun ada datang berjumpa dan meluah masalahnya kepada saya.

“Saya bukan memberi nasihat tapi hanya mendengar kerana mungkin mereka mahu meluah sahaja. Saya memang rapat dengan ibu dan selalu dengar apa masalahnya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Putri memberitahu dia tidak membaca sebarang komen di media sosial mengenai keluarganya.

Jelasnya, dia enggan mencampuri urusan orang dewasa dan yakin mereka dapat menyelesaikan masalah tanpa campur tangan orang lain.

Saya kadang-kadang boleh dianggap ‘pakar terapi’ di rumah

PUTRI DAHLIA

PENYANYI

“Sebagai anak, saya hanya menyokong apa mereka buat tapi tidak terlibat dengan isu-isu diperkatakan.

“Saya percaya apa ibu buat mesti ada sebab tersendiri, saya hanya beri sokongan dari jauh,” ujarnya.

Kisah rumah tangga Nora sebelum ini menjadi perhatian apabila dia membuat permohonan cerai terhadap Rushdi dan kes mereka masih dalam perbicaraan mahkamah.

Untuk rekod, Nora mengumumkan perkahwinannya dengan Rushdi pada 2021.

Nora memfailkan cerai terhadap Dr Rushdi.

Kontroversi perkahwinan pasangan ini timbul apabila Nora memuat naik video Rushdi menceraikannya pada Ogos tahun lalu.

Namun selepas sebulan mengumumkan penceraian itu, penyanyi berkenaan memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk.

Sebelum itu, Nora berkahwan dengan Johan pada 1992 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Allahyarham meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain