suria

Guna wajah selepas kontrak tamat, Wafariena tuntut klinik estetik buat bayaran

Wafariena tegas dengan pendirian mahu tuntut hak.

PELAKON Wafariena tidak akan berdiam diri susulan sebuah klinik estetik masih menggunakan wajahnya walaupun kontrak kerjasama di antara mereka sudah tamat.

Menurut Wafariena, 30, dia akan menuntut haknya termasuk bayaran seperti telah dijanjikan oleh pihak berkenaan.

"Selama dua bulan kau pakai muka aku, ingat habis di situ jer?

Wajah Wafariena yang digunakan di papan iklan.

"Kau silap, selagi tak bayar duit, aku tidak akan diam! Aku akan teruskan tindakan selanjutnya selagi kau tak bayar," katanya.

Wafariena menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Jumaat.

Dia sebelum itu membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan menuntut agak pihak terbabit menurunkan wajahnya yang terpampang di papan iklan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wafariena alami kecederaan dipaksa buat ‘stunt’ sendiri sampai masuk hospital, terkilan pengarah lepas tangan

ARTIKEL BERKAITAN: 13 akaun FB palsu jual nama Wafariena... Laporan polis sudah dibuat - “Mereka untung, saya pula kena fitnah”

Wafariena bagaimanapun berkongsi pihak terbabit sudahpun menurunkan wajahnya selepas isu berkenaan menjadi bualan ramai.

Dalam satu temu bual, pelakon itu juga mendakwa klinik berkenaan telah menyekat panggilannya selepas mereka berbincang hal berkaitan pembayaran.

"Bila dah viral, hari ini (Jumaat) terus tukar. Kalau dari awal tukar tiada isu macam ini," ujarnya.

Wafariena tuntut hak bayaran.

Sementara itu, dia mendakwa menerima banyak komen menggunakam akaun palsu di media sosial dipercayai dibuat kaki tangan klinik estetik tersebut.

Wafariena juga memberi amaran akan mendedahkan lebih banyak perkara malah mengenali individu di sebalik akaun palsu itu.

“Saya tahu awak siapa. Saya risau kalau tak sengaja dedahkan semuanya selepas ini," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain