SELEPAS dua bulan bergelar ibu, pelakon Datin Atikah Suhaime baru berpeluang memandikan sendiri anak perempuannya.
Kata Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, sejak awal bersalin dia banyak bergantung kepada pengasuh dalam menguruskan anak.
Menurutnya juga sebelum ini masih belum berani untuk memandikan anaknya kerana bimbang tersalah cara.
Atikah tidak kekok uruskan anak.
"Pertama kali mandikan Mulan (anak). Sudah dua bulan baru berani.
"Hari ini belajar dari pengasuh untuk mandikan Mulan. Dia cakap kena belajar mandikan sendiri sebab air mandi boleh rapatkan kasih ibu dan anak," katanya.
Atikah berkongsi perkara itu dalams atu video yang dimuat naik di laman sosial miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Lauk asam pedas ikan pari masakan ibu dipertikai, Atikah Suhaime gelar netizen ‘senduk’
ARTIKEL BERKAITAN: Anak bangun setiap 20 minit, suami Atikah Suhaime rasa sendiri pengalaman berjaga malam
Menerusi perkongsian itu dia dibantu oleh pengasuh yang dikenali sebagai Kak Sri.
"Apa sahaja tentang baby saya belajar dari Kak Sri.
"Mulan memang selesa dengan Kak Sri berbanding orang lain dalam rumah ini. Sekarag tak cemburu lagi sebab dia layan Mulan ikhlas," ujarnya.
Atikah bersama anaknya, Mulan.
Dalam video berkenaan, Atikah juga kelihatan tidak kekok menyiapkan anaknya selepas dimandikan.
Untuk rekod Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Lokman Teh pada Januari 2024.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan pada 8 Mac lalu yang diberi nama Lyla Mulan Teh.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube